IIUM Repository

Cahaya Ramadhan: Langkah permulaan tanpa asap rokok

Shalihin, Mohd Shaiful Ehsan (2018) Cahaya Ramadhan: Langkah permulaan tanpa asap rokok. The Malaysian Medical Gazette.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (698kB) | Request a copy

Abstract

Bulan Ramadhan adalah bulan yang seringkali ditunggu oleh setiap umat Islam. Bukan sahaja kerana kemeriahan dan keberkatannya, tetapi juga faedah kesihatan yang bakal diperolehi bagi penganut yang mengamalkan ibadah berpuasa selama sebulan. Umat Islam dituntut untuk mengawal diri daripada mengikut hawa nafsu, termasuklah dari makan dan minum, iaitu bermula dari terbitnya fajar pada awal pagi, sehingga terbenamnya matahari, iaitu sekitar lapan jam sehari. Ini termasuklah apa jua jenis bentuk rokok, samada elektronik ataupun puntung rokok tembakau. Merokok tergolong dalam penyakit ketagihan yang mana memerlukan rawatan. Justeru, perokok sememangnya sukar untuk berhijrah tanpa bantuan, dan semestinya memerlukan kecekalan dan semangat juang yang tinggi untuk berhenti daripada ketagihan merokok. Umat Islam bukan sahaja dilarang merokok ketika Ramadhan, tetapi juga ianya sebenarnya adalah haram kerana kesan keburukannya pada kesihatan. Ramadhan merupakan bulan untuk melatih diri sendiri agar lebih berdisiplin. Sekiranya perokok ditanya berkenaan kebolehan mengawal tabiat merokok ketika berpuasa, nescaya hampir semua akan menyatakan mereka berjaya untuk tidak merokok pada waktu siang.

Item Type: Article (Electronic Media)
Additional Information: 6934/64105
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc
R Medicine > R Medicine (General)
R Medicine > RM Therapeutics. Pharmacology
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
R Medicine > RZ Other systems of medicine
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Medicine > Department of Family Medicine (Effective: 1st January 2011)
Depositing User: SR NUR FARHANA LATFI
Date Deposited: 28 Jun 2018 09:10
Last Modified: 18 Dec 2018 17:10
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/64105

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year