IIUM Repository

Sejarah tradisi sastera Arab dan Islam: fokus kepada sastera sebagai sumber ilmu

Ahmad H.Osman, Rahmah (2010) Sejarah tradisi sastera Arab dan Islam: fokus kepada sastera sebagai sumber ilmu. In: Kedudukan ilmu dalam kesusasteraan teori & praktis. Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, pp. 18-81. ISBN 9789832457220

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Sastera adalah antara cabang seni yang begitu disenangi, dan boleh dikatakan setiap bangsa di dunia memiliki seni sastera yang tersendiri. Tema dan genre sastera yang bersifat pelbagai memberi petunjuk bahawa seni sastera merupakan sesuatu yang amat luas mencakupi segenap sudut hal berkaitan kehidupan manusia dan alam cakerawala. Dalam konteks Islam, adalah signifikan apabila kesusasteraan menjadi antara pekara yang disebutkan. Malah, terdapat satu surah yang secara khsusus dinamakan al-Shucarā’ yang bermaksud “Para Penyair”. Surah ini terutamanya empat ayat yang terakhir iaitu ayat 224-227 turun dalam konteks untuk menyangkal tuduhan kaum musyrik Quraysh yang menuduh bahawa al-Quran adalah sejenis puisi rekaan Rasulluah SAW. Tuduhan ini timbul daripada kecenderungan zaman Jāhilīyah yang sememangnya terkenal dengan penghasilan kehebatan puisi-puisi mereka. Merujuk ayat-ayat al-Qur’an Øūrah al-Shucarā’ ayat 224-227, isi kandungan ayat-ayat ini dengan jelas membezakan antara sasterawan/penyair yang benar dan beramal soleh, dengan sasterawan yang sesat. Kedua-dua golongan ini dibezakan berdasarkan ilmu yang benar yang kemudian diamalkan sebagai amal soleh. Adalah jelas bahawa di sisi Islam, sastera itu mesti bermatlamat, dan matlamat tersebut ialah untuk menyampaikan ilmu yang benar. Sejajar dengan pentingnya penyampaian ilmu sebagai matlamat kesusasteraan di sisi Islam, tulisan ini akan membincangkan tentang ilmu dan kesusasteraan. Ini termasuklah pengertian dan martabat ilmu, serta kaitannya dengan adab, dan hubungan sastera dengan ilmu. Yang terakhir itu akan dibincangkan dalam konteks perkembangan dan perubahan zaman dalam dunia Islam. Untuk itu, beberapa huraian dan pendapat oleh tokoh umum kesusasteraan Arab berkaitan takrif “ilmu” dan kedudukannya dalam tradisi sastera Arab akan diketengahkan. Selain itu, penggunaan seni sastera sebagai wasilah penyampaian pelbagai jenis ilmu pengetahuan juga dibincangkan.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 1537/5297
Uncontrolled Keywords: Bahasa Arab, Islam
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature
Depositing User: PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN
Date Deposited: 16 Dec 2013 12:40
Last Modified: 23 Dec 2014 16:47
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/5297

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year