IIUM Repository

Kaedah Fastabiqul Khairat untuk mempertahankan kebingkasan perniagaan

Mhd. Sarif, Suhaimi (2016) Kaedah Fastabiqul Khairat untuk mempertahankan kebingkasan perniagaan. In: Integriti Pemangkin Generasi Yang Mapan. Akademi Penyelidikan HALUAN Malaysia, Bandar Baru Bangi Selangor, pp. 163-181. ISBN 978-967-2016-24-3

[img] PDF (full chapter)
Restricted to Registered users only

Download (6MB) | Request a copy
[img]
Preview
PDF (cover)
Download (2MB) | Preview
[img]
Preview
PDF (cover n TOC)
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kebanyakan perniagaan menggunakan amalan perniagaan jangka pendek untuk boleh menjana keuntungan jangka panjang dan mempertahankan kelebihan persaingan. Hakikatnya, perniagaan menghadapi dinamika cabaran dan ketidaktentuan. Amalan perniagaan lestari membolehkan perniagaan diteruskan dan dipertahankan. Hujah kertas kerja ialah fastabiqul khairat (berlumba-lumba membuat kebaikan) merupakan satu pendekatan ekonomi untuk lebih mempertahankan kemampanan perniagaan. Fastabiqul khairat ialah satu amalan berlumba-lumba yang mengajak kepada persaingan tanpa henti dalam membuat kebajikan dengan motivasi, pemacu, tenaga dan galakan untuk membuat kebajikan bagi pemegang kepentingan. Fastabiqul khairat mempromosikan amalan jangka panjang untuk manfaat jangka panjang. Amalan jangka pendek ekonomi sedia ada hanya mempertahankan reputasi pertanggungjawaban kepada perniagaan yang kurang mampan dari segi ketahanan organisasi. Perniagaan dengan reputasi baik dan berupaya memberikan nilai perkaasa lebih mudah mencapai prestasi baik dan membina kelebihan persaingan. Kajian ini menggunakan temubual dengan 10 usahawan sosial untuk mendapatkan maklum balas mengenai amalan-amalan fastabiqul khairat di dalam amalan buat kebajikan bagi perusahaan sosial. Dapatan kajian mencadangkan bahawa amalan fastabiqul khairat boleh dioperasikan di bawah amalan infaq (perbelanjaan berhemah) melalui pembayaran zakat, derma korporat, tajaan dan penganjuran berbagai-bagai aktiviti yang dikaitkan dengan perniagaan. Pemilik perniagaan, perancang, dan pembuat keputusan sepatutnya memperkenalkan fastabiqul khairat sebagai amalan kebajikan korporat di dalam proses dan strategi perniagan. Namun begitu, dapatan kajian ini tidak boleh diperumumkan kerana ia berkaitan dengan konteks khusus yang digambarkan peserta kajian mungkin yang tidak sama dengan konteks lain. Untuk kajian pada masa hadapan, perlu dipertimbangkan sampel peserta kajian dari berbagai-bagai kategori pemegang kepentingan agar dapatan kajian lebih teguh dan menyeluruh.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 3328/52199
Uncontrolled Keywords: fastabiqul khairat, corporate social responsibility, community service, business strategy
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001 Business. Business Administration > HF5387 Business ethics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Business Administration
Depositing User: Dr Suhaimi Mhd Sarif
Date Deposited: 13 Oct 2016 23:23
Last Modified: 13 Oct 2016 23:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/52199

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year