Mohamad Yunus, Mohamad Ismail (2015) Kedudukan agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Pengaman, Official Magazine Of Royal Malaysia Police, I (Bil 1/2015). pp. 107-120. ISSN 2232-1330
|
PDF
- Published Version
Download (3MB) | Preview |
Abstract
Perlembagaan merupakan satu dokumen bertulis yang menggariskan undang-undang tertinggi dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah negara. Seperti mana dalam Perkara 4(1) Perlembagaan Persekutuan Malalaysia yang menjelaskan bahawa “Perlembagaan ini adalah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka dan yang berlawanan dengan Perlembagaan hendaklah terbatal setakat yang berlawanan itu”. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang memberikan jaminan kepada pemerintah dan rakyat dari segi perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya. Oleh sebab perlembagaan merupakan sumber undang-undang negara, maka semua pihak perlu akur kepada perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak. Objektif artikel ini adalah untuk menganalisis secara khusus kandungan peruntukan-peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan dengan agama Islam dan undang-undang Islam.
Item Type: | Article (Magazine) |
---|---|
Additional Information: | 1688/50515 |
Subjects: | K Law > K Law (General) K Law > KBP Islamic Law |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Legal Practice |
Depositing User: | DR MOHAMAD ISMAIL MOHAMAD YUNUS |
Date Deposited: | 09 May 2016 09:31 |
Last Modified: | 09 May 2016 09:31 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/50515 |
Actions (login required)
View Item |