Mohamad, Nor Asiah (2015) Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757). Kanun : Jurnal Undang-undang Malaysia, 27 (2). pp. 354-360. ISSN 0128-2670
PDF (Nota Undang-Undang)
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (247kB) | Request a copy |
Abstract
PENDAHULUAN Pengurusan harta bangunan bertingkat atau dikenali sebagai harta strata telah diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1985 melalui Akta Hakmilik Strata 1985 (Akta 318). Akta ini mengandungi peruntukan mengenai pengurusan dan pengeluaran hak milik dan penubuhan Lembaga Hakmilik Strata bagi menyelesaikan sebarang pertelingkahan selain merujuk kes ke mahkamah. Walau bagaimanapun pengurusan strata di bawah Akta 318 ini hanya merangkumi tempoh hak milik setelah strata dikeluarkan dan tidak menyebut tentang pengurusan sewaktu hak milik strata masih dalam tempoh permohonan. Kelemahan ini diatasi dengan memperkenalkan Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyenggaraan Pengurusan) 2007(BHB) (Akta 663). Walau bagaimanapun, Akta 663 ini sering disifatkan sebagai “setengah masak” dan dianggap tidak komprehensif. Untuk mengatasi kelemahan terdahulu, akta terbaharu diperkenalkan, iaitu Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757) yang telah mendapat Perkenan Diraja pada 5 Februari 2013 dan diwartakan pada 8 Februari 2013. Akta ini dikuatkuasakan pada Jun 2014. Akta 757 ini berfungsi untuk memberikan penyelesaian kepada pelbagai masalah yang dihadapi oleh pelbagai pihak dalam proses untuk menguruskan harta strata. Akta ini menangani dua isu utama ketika itu, iaitu pengurusan dan penyenggaraan harta strata serta penyelesaian pertelingkahan dengan kewujudan Tribunal Pengurusan Strata.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 781/47545 |
Uncontrolled Keywords: | Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), harta strata |
Subjects: | K Law > KPG Malaysia |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law |
Depositing User: | Dr Nor Asiah Mohamad |
Date Deposited: | 04 Mar 2016 15:13 |
Last Modified: | 04 Mar 2016 15:13 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/47545 |
Actions (login required)
View Item |