IIUM Repository

Cadangan satu dokumen hak milik di bawah kanun tanah negara 1965: antara teori dengan realiti

Sufian, Azlinor and Mohamad, Nor Asiah (2015) Cadangan satu dokumen hak milik di bawah kanun tanah negara 1965: antara teori dengan realiti. KANUN, 27 (2). pp. 314-325. ISSN 0128-2670

[img]
Preview
PDF
Download (318kB) | Preview
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (318kB) | Request a copy
Official URL: http://dbp.gov.my

Abstract

Kerajaan Malaysia dalam usaha memantapkan pentadbiran jabatan kerajaan dengan meningkatkan mutu perkhidmatan kepada para pengguna. Antaranya termasuklah pelaksanaan urus niaga secara elektronik. Hal ini dapat dibuktikan melalui kertas cadangan yang telah dikemukakan oleh Jabatan Pengarah Tanah dan Galian, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Salah satu daripada cadangan tersebut adalah berkaitan dengan pelaksanaan satu dokumen hak milik (geran) sebagai langkah untuk membantu pelaksanaan urus niaga secara elektronik dalam pentadbiran tanah. Cadangan tersebut telah dikemukakan berdasarkan pandangan yang mengatakan sistem sedia ada memperuntukkan dua jenis dokumen hak milik di pejabat pendaftaran hak milik dan di pejabat tanah daerah yang telah menyumbang kepada pembentukan pelbagai pangkalan data pendaftaran tanah pada peringkat negeri. Makalah ini bertujuan untuk membuat analisis sejauh mana satu dokumen hak milik sesuai untuk dilaksanakan dan kaitannya dengan sistem pengkomputeran pendaftaran tanah dan pelupusan tanah secara elektronik.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 1736/47538
Uncontrolled Keywords: dokumen hak milik, pejabat pendaftaran hak milik, pejabat tanah daerah, pihak berkuasa negeri pendaftaran
Subjects: K Law > K Law (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Depositing User: Dr Nor Asiah Mohamad
Date Deposited: 15 Jan 2016 11:38
Last Modified: 15 Jan 2016 11:38
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/47538

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year