IIUM Repository

Kesan undang-undang, norma dan nilai etika dari Tauhid paradigm terhadap keusahawanan dan masyarakat Malaysia

Anor Salim, Farah Akmar and Mhd. Sarif, Suhaimi and Maidin, Ainul Jaria (2015) Kesan undang-undang, norma dan nilai etika dari Tauhid paradigm terhadap keusahawanan dan masyarakat Malaysia. In: Kematangan sosial ke arah masyarakat harmoni. Akademi Penyelidikan HALUAN, Bandar Baru Bangi Selangor, pp. 39-47. ISBN 9789671073193

[img]
Preview
PDF
Download (1MB) | Preview

Abstract

Kajian ini adalah berkenaan dengan kesan undang-undang, norma dan nilai etika yang diambil dari pendekatan tawhid paradigm terhadap keusahawanan dan masyarakat Malaysia. Pembangunan keusahawanan merangkumi tiga kriteria utama iaitu, undang-undang, norma dan nilai-nilai etika. Dalam konteks perlembagaan undang-undang, pengekalan etika keusahawanan adalah dianggap penting. Di samping itu, bidang keusahawanan juga perlu membangungkan norma usahawan samada dari segi bertulis (kod etika) mahupun tersirat. Paradigma Tawhid diwujudkan bagi memupuk kawalan dalaman berdasarkan kerohanian Islam dan pembentukan iman serta akhlak yang kukuh bagi menyumbangkan kepada hubungan yang harmoni di antara keusahawanan PKS dan masyarakat Malaysia secara amnya. Temuduga secara peribadi terhadap usahawan PKS Malaysia yang dipilih dari sekitar Lembah Kelang telah dijalankan bagi mendapatkan pandangan serta maklumat lanjut berhubung dengan penyelidikan ini. Keputusan awal telah menunjukkan bahawa penglibatan undang-undang, norma dan nilai-nilai etika di PKS masih di peringkat awal. Walaubagaimana pun, keusahawanan PKS modular di bawah naungan pelbagai agensi yang berkaitan di Malaysia seperti FAMA, SME Corporation, TEKUN dam TERAJU adalah sejajar dengan prinsip keharmonian di antara perniagaan dan masyarat sejagat. Dicadangkan supaya kajian pada masa hadapan perlu menggunakan instrument yang lebih menyeluruh dan terperinci di samping mengumpul maklumat yang lebih meluas dari usahawan di setiap bidang dan kawasan.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 3328/45806
Subjects: H Social Sciences > HF Commerce > HF5001 Business. Business Administration > HF5387 Business ethics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Economics and Management Sciences > Department of Business Administration
Depositing User: Dr Suhaimi Mhd Sarif
Date Deposited: 19 Nov 2015 15:24
Last Modified: 20 Jun 2018 10:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/45806

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year