Ahmad H.Osman, Rahmah and Nasir, Mohd Shahrizal (2014) Sastera sebagai sumber ilmu: satu tinjauan terhadap sorotan pengertian al-adab. Universiti Islam Sharif Ali Refereed Journal (UNISSA Journal), 3. pp. 1-29. ISSN 2225-773X
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (9MB) | Request a copy |
Abstract
Sastera merupakan antara bidang kesenian yang mampu menggambarkan pemikiran, perasaan, malah kepercayaan manusia. Sastera menjadi antara medium berkesan bagi menyerlahkan identiti sesuatu klompok masyarakat. Persepsi yang menyatakan bahawa sastera merupakan medium untuk mencapai keseronokan dan hiburan sahaja haruslah ditolak kerana hakikatnya, sastera merupakan sumber ilmu yang boleh dimanfaatkan oleh manusia. Perkara ini semakin jelas apabila diterokai konotasi makna "al-adab" menerusi beberapa zaman bermula dari zaman Jahiliah sehingga era Moden menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini akan meninjau pengertian kalimah "al-adab" yang kini diterjemahkan sebagai "kesusasteraan" bagi menyerlahkan fungsi sebenar sastera menurut kesusasteraan Arab. Makalah ini dapat menyimpulkan bahawa, konsep "al-adab" sebagai wadah berkesan dalam proses penyebaran ilmu pengetahuan haruslah dikembalikan sebagaimana yang difahami daripada makna asalnya menerusi sorotan sejarah kesusasteraan Arab. Istilah "sastera" telah dijelaskan fungsinya iaitu untuk mendidik masyarakat ke arah nilai-nilai yang murni dan terpuji (al-mahamid) dan menghindarkan mereka daripada sifat-sifat tercela (al-maqabih). Perkara ini seharusnya turut diaplikasikan dalam kesusasteraan Melayu agar sastera terus berfungsi sebagai wadah penyampaian ilmu yang bermanfaat kepada anggota masyarakat.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 1537/43539 |
Uncontrolled Keywords: | sastera, sumber ilmu |
Subjects: | P Language and Literature > PI Oriental languages and literatures |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | PROF. DR. RAHMAH BT AHMAD H. OSMAN |
Date Deposited: | 26 Jun 2015 14:33 |
Last Modified: | 04 Jan 2018 17:30 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/43539 |
Actions (login required)
View Item |