IIUM Repository

Pembentukan indikator kesejahteraan keluarga di Malaysia

Noor, Noraini M. (2014) Pembentukan indikator kesejahteraan keluarga di Malaysia. In: Profesionalisme dalam Kaunseling dan Cabaran Masa Kini di Malaysia. Dewan Bahasa & Pustaka, Kuala Lumpur, pp. 319-360. ISBN 978-983-46-1769-1

[img]
Preview
PDF ( Pembentukan indikator kesejahteraan keluarga di Malaysia) - Published Version
Download (5MB) | Preview

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk membangunkan satu set indikator bagi mengukur dan melaporkan keadaan kesejahteraan keluarga di Malaysia, dan seterusnya, untuk menghasilkan satu Indeks Kesejahteraan Keluarga. Untuk membina set indikator ini, domain kesejahteraan keluarga dan indikator yang relevan dikenal pasti daripada kajian lepas. Perbincangan kumpulan fokus dengan keluarga, kumpulan profesional dan NGO membantu untuk memperbaiki indikator sebelum kajian utama dijalankan. Dengan menggunakan reka bentuk persampelan rawak berstrata, 2808 isi rumah dikenal pasti (ibu atau bapa dan seorang anak yang berumur sekurang-kurangnya 13 tahun), menjadikan jumlah sampel seramai 5616 responden. Hasil kajian menunjukkan sepuluh indikator utama yang boleh meramalkan kesejahteraan keluarga—resiliens, keselamatan, simpanan, gaya hidup yang sihat, masa bersama keluarga, keseimbangan kerja dan keluarga, kepentingan agama, bilangan bilik tidur di rumah, hutang dan penjagaan anak-anak—menyokong tanggapan bahawa kesejahteraan keluarga meliputi pelbagai dimensi dan saling berkaitan. Bersandarkan dapatan ini, satu model kesejahteraan keluarga diramalkan. Model ini digunakan untuk membimbing pembangunan Indeks Kesejahteraan Keluarga. Analisis faktor pengesahan (Confirmatory Factor Analysis) dijalankan untuk menentukan kesesuaian model kepada data. Lima domain kesejahteraan keluarga dikenal pasti— hubungan kekeluargaan, keadaan ekonomi, kesihatan dan keselamatan, hubungan kemasyarakatan dan agama/kerohanian. Indeks Kesejahteraan Keluarga dikira dengan menggunakan strategi pemberat yang sama kepada setiap lima domain yang telah dikenal pasti. Indeks ini menunjukkan bahawa kesejahteraan keluarga semasa rakyat Malaysia adalah tinggi pada 7.95 (SD = 1.38) dengan menggunakan format respon Likert 0-10. Hasil kajian menunjukkan bahawa kesejahteraan keluarga adalah pelbagai dimensi, meliputi bukan sahaja hubungan kekeluargaan terdekat dan kesihatan dan keselamatan ahli-ahlinya, tetapi termasuk juga mempunyai pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi tuntutan sara hidup yang minima. Pada masa ini, Indeks yang dibangunkan hanya dalam bentuk satu nilai angka yang menggambarkan keadaan kesejahteraan keluarga, tetapi pada masa akan datang, ia boleh digunakan untuk mengesan perubahan dalam keluarga dari masa ke masa.

Item Type: Book Chapter
Additional Information: 1099/42937
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BF Psychology > BF636 Applied psychology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Psychology
Depositing User: Professor Noraini M. Noor
Date Deposited: 21 May 2015 12:49
Last Modified: 31 May 2016 08:04
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/42937

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year