Nasir, Mohd Shahrizal and Sahrir, Muhammad Sabri and Yahaya , Mohd Firdaus (2014) Pembelajaran Bahsa Arab menerusi rancangan al-arabiyah fi al-radio: satu tinjauan. In: Seminar Pengajaran & Pembelajaran Bahasa Arab 2014, 14 September 2014, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (588kB) | Request a copy |
Abstract
Pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab di Malaysia telah mengalami beberapa perubahan positif. Bermula daripada sesi pembelajaran secara tidak formal di madrasah dan sekolah pondok, ia menjadi antara mata pelajaran utama bagi pelajar peringkat sekolah rendah dengan pengenalan modul j-QAF. Di beberapa buah institusi pengajian tinggi pula, program pengajian bahasa Arab diperkenalkan bukan sahaja pada peringkat ijazah pertama, namun ia turut melibatkan peringkat pengajian tertinggi iaitu ijazah Doktor Falsafah atau Ph.D. Selain itu, suasana semasa di Malaysia turut membuka ruang kepada masyarakat awam daripada pelbagai peringkat umur dan latar belakang pendidikan untuk mempelajari bahasa Arab. Hal ini disokong dengan kepesatan teknologi terkini melibatkan media massa seperti televisyen, radio dan internet. Kajian ini bertujuan untuk meninjau respons masyarakat awam khususnya yang menjadi pendengar rancangan belajar bahasa Arab menerusi siaran Radio Malaysia Terengganu FM iaitu Al-Arabiyyah Fi Al-Radio. Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk melakukan penambahbaikan terhadap rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio berdasarkan saranan dan cadangan daripada pihak pendengar sendiri. Kajian dijalankan melalui soal selidik yang dimuat naik dalam laman sosial facebook® rancangan Al-Arabiyyah fi Al-Radio dan facebook® Terengganu FM. Hasil kajian menunjukkan majoriti pendengar rancangan Al-Arabiyyah Fi Al-Radio mendapat input berguna dalam usaha mempelajari dan menguasai bahasa Arab. Beberapa cadangan turut dikemukakan oleh responden kajian bagi meningkatkan mutu pembelajaran bahasa Arab menerusi rancangan ini.
Item Type: | Conference or Workshop Item (UNSPECIFIED) |
---|---|
Additional Information: | 3267/38591 |
Uncontrolled Keywords: | bahasa Arab, pembelajaran bahsa Arab, pembelajaran menerusi radio, Al-Arabiyyah fi al-Radio, kemahiran mendengar |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Arabic Language and Literature |
Depositing User: | Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir |
Date Deposited: | 07 Oct 2014 12:19 |
Last Modified: | 19 Jun 2018 08:39 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/38591 |
Actions (login required)
View Item |