Syed Imam, Shariffah Sebran Jamila and Ibrahim, Mohameed Sani and Hamzah, Mohd Izham and Mohd Ali, Hairuddin
(2013)
Tret personaliti pengetua dan guru besar novis di Malaysia.
In: Seminar Kebangsaan Kali ke IV: Majlis Dekan Pendidikan IPTA 2013, 23-25 Sept 2013, CAC, IIUM.
Abstract
Salah satu inisiatif dalam Pelan Pembangunan pendidikan 2012- 2025 adalah mahu melahirkan
pemimpin sekolah berprestasi tinggi. Pengetua dan guru besar memainkan peranan yang penting
untuk membangunkan prestasi sekolah dan keberhasilan murid. Untuk melahirkan Pemimpin
sekolah berprestasi tinggi dipengaruhi kompetensi diri dan tret personaliti yang dimiliki pengetua
dan guru besar. Justeru fokus kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap tret personaliti pengetua
dan guru besar. Reponden kajian ini melibatkan seramai 116 pengetua dan 213 orang guru besar
novis di sekolah menengah dan rendah di Malaysia. Data kajian dianalisis dengan mengunakan
kaedah analisis deskriptif, inferensi iaitu analisis MANOVA dan analisis Model Persamaan
Struktural (SEM). Dapatan kajian menunjukkan pengetua dan guru besar novis mempunyai tret
personaliti pada tahap yang sangat tinggi bagi elemen kecerdasan, keyakinan diri, iltizam dan
integriti. Manakala analisis inferensi menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan tahap tret
personaliti bagi pengetua dan guru besar novis yang hadir latihan profesional. Dapatan kajian juga
menunjukkan terdapat hubungan yang positif latihan profesional terhadap tahap tret personaliti
pengetua dan guru besar. Implikasi kajian menunjukkan latihan profesional mempengaruhi tahap
tret personaliti pengetua dan guru besar novis. Justeru dalam melahirkan pemimpin sekolah
berprestasi tinggi memerlukan pemimpin yang mempunyai tret personaliti yang tinggi agar dapat
melahirkan pemimpin sekolah yang berkaliber selaras dengan matlamat negara sedang menuju
kearah transformasi pendidikan. Pendek kata, pengetua dan guru besar yang berkesan adalah
tunjang kepada kecemerlang sekolah.
Actions (login required)
|
View Item |