IIUM Repository

Wasatiyyah dan semangat hijrah

Baba, Sidek (2013) Wasatiyyah dan semangat hijrah. Utusan Malaysia. ISSN -

[img] PDF - Published Version
Download (79kB)

Abstract

Peristiwa hijrah al-Rasul suatu titik-tolak yang penting dalam sejarah Islam. Ia adalah perintah Allah dan pertimbangan Rasulullah SAW mengatur strategi bijaksana supaya akhirnya Islam diterima di jazirah Arabia. Peristiwa Rasulullah SAW dicederakan di Taif tidak membawa sikap putus asas Nabi dan tidak pula mendoakan kebinasaan kepada kaum Jahiliyah. Rasulullah SAW seorang pesuruh yang berjiwa besar kerana peribadinya adalah siddiq, amanah, tabligh, fatanah. Siddiq bermakna baginda membawa risalah kebenaran mengenai akidah tauhid. Kaum Jahiliyyah adalah kaum yang syirik dan mengembalikan mereka kepada Tuhan Yang Esa adalah suatu amanah. Amanah itu disempurnakan dengan tabligh atau dakwah yang bijaksana. Fatanah atau bijaksana merupakan jalur wasatiyyah yang dimiliki baginda. Jiwa kehambaan yang tinggi dimiliki Rasulullah SAW menyebabkan baginda akur dengan perintah Allah untuk melakukan hijrah. Hijrah adalah suatu pendekatan strategik mengambil pertimbangan Allah (hablum minallah) dan manfaat manusia (hablum minannas) sebagai jalan perjuangan. Strategi manusiawi adalah mengaturkan tempat tidur Rasullullah SAW digantikan dengan Saidina Ali, seorang pemuda Islam yang tangkas dan berani dan teman ke Gua Thur diiringi oleh Saidina Abu Bakar As-Siddiq seorang yang cintakan kebenaran. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20131105/re_02/Wasatiyyah-dan-semangat-hijrah#ixzz2ogDgOd4R © Utusan Melayu (M) Bhd

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3771/33754
Uncontrolled Keywords: Wasatiyyah, Hijrah
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.63 Islam and civil society
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Sidek Baba
Date Deposited: 27 Dec 2013 20:55
Last Modified: 30 Dec 2013 08:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/33754

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year