Awang Mat , Muhamad Zahiri and Tarimin, Mujaini and Ismail, Nik Ahmad Hisham and Mamat , Arifin and Yusof, Md. Yusnan and Hussin, Md. Noor and Abdul Wahab, Noor Akmal
(2011)
Kajian tahap profesionalisme guru agama di sekolah agama, Jabatan agama Islam Selangor.
Project Report.
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Selangor.
(Unpublished)
Abstract
Keberkesanan pendidikan sangat bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh guru di sekolah dalam membentuk pelajar yang berpengetahuan dan berakhlak mulia. Program yang dianjurkan oleh guru dan pihak sekolah secara professional juga memberi kesan positif terhadap perubahan pelajar. Kajian ini adalah satu kajian tinjauan (survey) yang bertujuan mengkaji tahap profesionalisme guru Sekolah Rendah Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (SRA-JAIS) berdasarkan borang kaji selidik yang mengandungi Domain Diri, Sosial, Profesion dan Agama. Secara umum, dapatan kajian menunjukkan guru SRA-JAIS adalah bertanggungjawab, jujur dan mengutamakan kesempurnaan dalam menjalankan tugas serta mencerminkan sikap sebagai seorang pendidik yang tulen (genuine). Guru SRA-JAIS juga bersedia untuk terlibat secara positif terhadap semua lapisan masyarakat dalam aktiviti-aktiviti sosial. Walau bagaimanapun, amalan beragama di kalangan guru memerlukan perhatian khusus dari guru sendiri, pihak sekolaj dan juga pihak JAIS kerana sekiranya kelemahan ketara berlaku dalam amalan beragama di kalangan guru maka ini akan memberi kesan negatif terhadapt pelajar. Justeru, professioalisme keguruan amat penting di dalam memartabatkan pendidikan negara. Ia juga meruakan tuntutan agama Islam
Actions (login required)
|
View Item |