Bari, Abdul Aziz
(2005)
Islam dalam perlembagaan Malaysia.
Intel Multimedia and Publication, Petaling Jaya, Selangor.
ISBN 9832417287
Abstract
Buku ini membahaskan beberapa isu dan tema penting yang berkaitan dengan kedudukan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia. Ini termasuklah isu mutakhir tentang pelaksanaan undang-undang moral yang begitu ketara ditentang oleh golongan Islam liberal. Buku ini sesuai dibaca oleh para pengamal dan pelajar undang-undang. Pendekatan yang diambil sesuai dengan audien sedemikian; yang menseimbangkan aspek-aspek teknikal dengan tema keseluruhan kerangka perlembagaan.
Buku ini keseluruhannya mengandungi 8 bab seperti berikut: Bab 1: Pengenalan; Bab 2: Islam Dalam Kerangka Perlembagaan Malaysia; Bab 3: Sejarah dan Hubungannya Dengan Beberapa Aspek Penting Perlembagaan Persekutuan; Bab 4: Kedudukan dan Peranan Raja-Raja sebagai Ketua Agama di Bawah Perlembagaan; Bab 5: Pelaksanaan Islam Melalui Kerangka Perlembagaan dan Perundangan Malaysia: Potensi dan Masalahnya; Bab 6: Halangan-halangan Pelaksanaan Hukum Jenayah Islam Dalam Perlembagaan; Bab 7: Murtad Dalam Konteks Kebebasan Beragama di Malaysia; dan Bab 8: Undang-Undang Moral dan Jenayah Syariah: Persekutuan Lawan Negeri?
Actions (login required)
|
View Item |