IIUM Repository

Keberkesanan program "Falsafah untuk Kanak-Kanak" terhadap kemahiran membaca dan berfikir kritis: kajian kes di sebuah sekolah rendah

Hashim, Rosnani (2006) Keberkesanan program "Falsafah untuk Kanak-Kanak" terhadap kemahiran membaca dan berfikir kritis: kajian kes di sebuah sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Islam, 12 (1). pp. 37-50. ISSN 0127-5-153

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Para sarjana Islam yang silam dan kotemporari, khususnya Jamaluddin al-Afghani dan S.H. Nasr, telah berhujah bahawa umat Islam mengalami kelemahan dalam membuat analisis yang baik terhadap isu-isu di sekitar mereka dan juga kurang kebijaksanaan. Kedua-dua sarjana ini menggesa agar subjek falsafah disemai semula dalam kurikulum pendidikan Islam. Bertitik tolak dari sini dan juga kejayaan dalam kemahiran berfikir kritis dan membaca yang dicapai oleh Amerika Syarikat dan Eropah menggunakan Program Falsafah untuk Kanak-Kanak, satu usaha mengkajinya secara eksperimental yang melibatkan dua kumpulan pelajar Tahun Enam di sebuah sekolah rendah telah dijalankan. Pelajar telah diajar menggunakan kaedah ini selama 3 bulan pada waktu pelajaran Bahasa Inggeris. Data kualitatif juga telah dihimpun untuk menguatkan lagi dapatan daripada data kuantitatif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua kumpulan memperoleh skor pasca ujian yang lebih tinggi daripada skor pra ujian bagi kedua-dua kemahiran membaca dan berfikir tetapi perbezaan cuma signifikan bagi kumpulan berkebolehan tinggi.

Item Type: Article (Journal)
Additional Information: 593/25936
Uncontrolled Keywords: Children, critical thinking, education, philosophy, reading
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > B Philosophy (General) > B69 History and systems
L Education > L Education (General)
L Education > LB Theory and practice of education > LB1501 Primary Education
L Education > LB Theory and practice of education > LB2361 Curriculum
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: Professor Rosnani Hashim
Date Deposited: 05 Nov 2012 23:42
Last Modified: 06 Nov 2012 20:14
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/25982

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year