IIUM Repository

Pengurusan dan penyeliaan barang dijumpai dan barang rampasan: satu kajian di UIAM dan perspektif Islam

Mohamad, Nor Asiah (2005) Pengurusan dan penyeliaan barang dijumpai dan barang rampasan: satu kajian di UIAM dan perspektif Islam. In: Seminar Pengurusan Asrama Peringkat Kebangsaan (SPARK) 2005 "Asrama cemerlang mahasiswa gemilang", 27-30 November 2005, Hotel Century Mahkota, Melaka.

[img] PDF (Pengurusan dan penyeliaan barang dijumpai dan barang rampasan: satu kajian di UIAM dan perspektif Islam) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (1MB) | Request a copy

Abstract

Kajian secara rambang mendapati tiada satu panduan yang selaras di antara semua Mahallat di UIAM dalam menangani kes barang yang dijumpai, barang tinggalan dan barang rampasan. Setiap pengetua asrama mengunakan budi-bicara masing-masing dalam menguruskan barang-barang tersebut. Adalah dirasakan amat perlu untuk menyelaras dan menyediakan satu polisi yang jelas bagi mengelakkan masalah pengurusan dan juga ketidakadilan dalam mengendalikan kes yang melibatkan pelajar terutamanya. Kertas kerja ini akan dibahagikan kepada dua perbincangan utama iaitu prosedur dalam pengurusan barang jumpaan dan ketinggalan dan keduanya proses dalam mengendalikan barang yang dirampas. Biarpun, merampas barang pelajar yang melanggar peraturan tidak lagi dijalankan, tetapi adalah dirasakan kajian berkenaan hal ini masih relevan memandangkan masih banyak barang yang tersadai di setor-setor ole sebab ketiadaan polisi menanganinya. Dalam mencari satu panduan yang jelas, kertas kerja ini cuba melihat kaedah dan prinsip pamakaian semasa dan undang-undang Islam di dalam hal barang dijumpai dan rampasan. Kajian ini akan mengambil kira mana-mana prosedur semasa, peruntukan undang-undang serta prinsip Islam sebagaimana yang diberikan oleh ulama'-ulama terkini terutamanya di dalam kes mengendalikan barang jumpaan. Metodolgi yang diambil ialah dengan mengenalpasti mana-mana polisi yang ada di UIAM yang melibatkan Mahallat, Bahagian Hal EhwalPelajar, Unit Undang-Undang serta Unit Keselamatan. Tujuan kajian ini adalah untuk memastikan polisi yang ada agar lebih selaras, jelas serta mengikut peraturan termasuklah undang-undang Islam.

Item Type: Conference or Workshop Item (Full Paper)
Additional Information: 781/25144
Uncontrolled Keywords: penyeliaan barang dijumpai, barang rampasan
Subjects: K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws > Department of Civil Law
Depositing User: Dr Nor Asiah Mohamad
Date Deposited: 26 Mar 2013 16:24
Last Modified: 26 Mar 2013 16:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/25144

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year