Abdul Majid, Anis Mawarni and Saimon, Aminnudin (2026) Pengklasifikasian unsur didaktik dalam peribahasa Melayu berdasarkan 26 Teras Hati Budi Melayu. Pendeta Journal of Malay Language, Education and Literature, 17 (2). pp. 45-59. ISSN 1823-6812 E-ISSN 2600-8696
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Peribahasa Melayu merupakan khazanah warisan budaya yang kaya dengan nilai didaktik dan kearifan tempatan yang diwarisi secara turun-temurun dalam kalangan masyarakat Melayu. Kajian ini bertujuan mengklasifikasikan unsur didaktik yang terkandung dalam peribahasa Melayu berdasarkan kerangka 26 Teras Hati Budi Melayu (THBM). Pendekatan kualitatif digunakan dalam kajian ini melalui kaedah analisis kandungan dokumen terhadap peribahasa terpilih yang diperoleh daripada buku Peribahasa Melayu: Penelitian Makna dan Nilai hasil penulisan Zaitul Azma Zainon Hamzah dan Ahmad Fuad Mat Hassan (2011) sebagai korpus utama kajian. Kerangka 26 THBM yang diasaskan oleh Hashim Musa et al. (2012) dijadikan landasan teori utama bagi mengklasifikasikan unsur didaktik yang terdapat dalam setiap peribahasa yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan bahawa unsur didaktik dalam peribahasa Melayu dapat diklasifikasikan secara sistematik merentasi kesemua 26 THBM, dengan teras yang paling dominan meliputi ilmu pendidikan, pekerjaan dan keagamaan. Kajian ini turut mendapati bahawa setiap peribahasa mengandungi lapisan makna didaktik yang bersifat eksplisit dan implisit, mencerminkan sistem nilai dan falsafah hidup masyarakat Melayu yang bersepadu. Implikasi kajian ini menegaskan kepentingan peribahasa Melayu sebagai instrumen pendidikan nilai dan pembentukan karakter bangsa yang masih relevan dalam konteks semasa. Kajian ini menyumbang kepada pengembangan ilmu linguistik budaya dan leksikografi Melayu, khususnya dalam usaha mendokumentasikan dan memartabatkan khazanah peribahasa Melayu sebagai warisan tamadun bangsa.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Unsur didaktik, Peribahasa Melayu, 26 Teras Hati Budi Melayu Didaktif positif, Didaktik negatif |
| Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
| Date Deposited: | 14 Oct 2026 12:29 |
| Last Update: | 14 Oct 2026 12:29 |
| Queue Number: | 2026-10-Q5601 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/131926 |
| Indexed In: | Google Scholar, MyCite |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
