Salleh , Mohamad Johdi
(2009)
Menjana modal insan kamil model 'jerisah': kajian kes di kolej islam sultan alam shah, klang, Malaysia.
In: Wacana Pendidikan Islam Ke-7 2009, 5 - 6 December 2009, Pesantren Moden Gontor Indonesia.
Abstract
Menjana modal insan kamil bertaraf internasional merupakan visi Kolej Islam Sultan
Alam Shah (KISAS) dalam mendidik pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Islam,
Falsafah Pendidikan Malaysia dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
Malaysia. Teras pendidikan ini berhasrat melahirkan pelajar yang berketerampilan
sahsiah, mahir dalam sains-teknologi, estetika harmoni, optimis-kreatif, dan beramal
soleh dengan konsep JERISAH. Semenjak ditubuhkan KISAS menjadi institusi terulung
bidang agama Islam yang cemerlang dan menjadi sekolah kluster di bawah penyeliaan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sehubungan dengan itu, kertas kerja
ini membincangkan strategi dan perlaksanaan KISAS ke arah merealisasikan visi dan
misi luhur tersebut, melalui suatu kajian kes yang dijalankan. Kajian ini menggunakan
instrumen soal selidik, temu bual dan pemerhatian terhadap guru-guru, pelajar-pelajar,
dan persekitaran sekolah. Dapatan kajian menunjukkan pencapaian akademik pelajar
masih cemerlang, aktif dalam pelbagai ko-kurikulum, pelajar berinisiatif tinggi,
hubungan baik pelajar-guru, pelajar-pelajar, pelajar-ibu bapa, pelajar-masyarakat, dan
komitmen warga sekolah dengan amalan soleh berdasarkan ajaran Islam yang
menyeluruh. Semoga kajian ini menjadi panduan kepada semua warga pendidikan
khasnya di rantau Nusantara dalam memperkasakan peranan pendidikan Islam syumul
menjana insan kamil yang cemerlang di dunia dan gemilang di akhirat.
Actions (login required)
|
View Item |