Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2026) Bersatu tempuh saat sukar. Utusan Malaysia, Suluh Wahyu (3hb April 2026). p. 19. ISSN 2716-6694
|
PDF
- Published Version
Download (1MB) | Preview |
Abstract
“Letak ke tepi dahulu meriam perang dan pena tajam dalam medan politik negara. Pakai satu baju rasmi bercorak bendera Malaysia untuk sama-sama berganding bahu membawa bahtera minyak Malaysia menempuh selat Hormuz yang dipenuhi periuk api berbahaya berikutan perang cetusan si bodoh dari Amerika dan Israel.” Sehingga hari ini, perang yang dijana kerakusan, kebodohan serta keangkuhan dua individu perosak dunia, Donald Trump dan Benjamin Nentanyahu masih berterusan di Asia Barat. Angkara mereka berdua telah meninggalkan kesan mendalam ke segenap pelusuk dunia. Ini sebabnya Nabi Musa AS pernah merayu kepada Allah agar angkara sesetengah manusia bodoh tidak memangsakan orang lain. Firman Allah: Dan Nabi Musa memilih 70 orang lelaki dari kaumnya (untuk di bawa bersama ke Gunung Tursina) pada waktu yang telah kami tentukan. Maka ketika mereka digegar oleh gempa (kerana perbuatan biadab dan bodoh mereka mahu melihat Allah secara fizikal), Nabi Musa merayu dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Jika Engkau kehendaki, Engkau boleh binasakan mereka bersamaku sebelum ini. Adakah engkau hendak membinasakan kami disebabkan apa yang telah dilakukan oleh orang yang bodoh di antara kami? (Apa yang mereka telah lakukan) itu hanyalah cubaan-Mu. Dengan cubaan itu Engkau sesatkan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau beri petunjuk kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkau jualah Pelindung kami; oleh itu ampunkanlah kami dan berilah rahmat kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi ampun (Al-A’raf 7:155). Kisah apa di sebalik ayat ini? Gunung Tur dilanda gempa berikutan gelagat dan permintaan bodoh 70 orang pengikut Nabi Musa AS mahu melihat Allah setelah mereka tahu Nabi Musa akan menerima kitab Tawrat di sana.
| Item Type: | Article (Newspaper) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | bersatu, perang, Selat Hormuz, Iran Israel |
| Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP174 The Practice of Islam > BP182 Jihad (Holy War) K Law > KBP Islamic Law > KBP1 Islamic law.Shariah.Fiqh > KBP490 Furūʻ al-fiqh. Substantive law. Branches of law. > KBP3709 Government measures in time of war, national emergency, or economic crisis |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
| Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
| Date Deposited: | 27 Apr 2026 16:56 |
| Last Modified: | 27 Apr 2026 16:56 |
| Queue Number: | 2026-04-Q3090 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128679 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
