IIUM Repository

Pemerkasaan bahasa Melayu pada era digital dan cabarannya

Nazir, Faridah (2026) Pemerkasaan bahasa Melayu pada era digital dan cabarannya. In: Navigasi Pendidikan Futuristik: melakar Minda Era Digital. Institut Pendidikan Guru Kampus Raja Melewar, Kementerian Pendidikan Malaysia, Seremban, Negeri Sembilan, pp. 95-104.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (665kB) | Request a copy

Abstract

Bahasa Melayu memainkan peranan penting dalam memelihara warisan budaya. Dalam kalangan masyarakat, penggunaan bahasa Melayu dalam seni, lagu tradisional, dan adat istiadat terus menjadi simbol identiti nasional. Namun, gelombang Revolusi Industri 4.0 yang melanda dunia bukan sahaja membawa transformasi terhadap sektor pembangunan sains dan teknologi negara tetapi juga keseluruhan gaya hidup masyarakat. Oleh itu, semua bidang termasuk budaya dan bahasa harus merancang dan melakukan perubahan seiring dengan transformasi digital untuk memastikan mereka kekal berdaya saing di samping memanfaatkan gelombang transformasi. Sehubungan itu, bahasa Melayu yang merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa ilmu dan agen pembinaan negara bangsa di Malaysia memerlukan usaha pemerkasaan terutamanya dalam era digital agar menjadi bahasa hebat sebagaimana suatu ketika dahulu bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam komunikasi pelbagai bangsa dari seluruh dunia. Oleh itu, bahasa Melayu perlu mengalami transformasi agar terus relevan sebagai bahasa pilihan dalam komunikasi segenap kehidupan masyarakat yang mewarisinya walaupun tidak dinafikan usaha tersebut pasti berdepan dengan cabaran seiring dengan modenisasi dan digitalisasi dunia sekarang

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Pemerkasaan; bahasa Melayu; Era Digital; Revolusi Industri 4.0; Transformasi
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
T Technology > T Technology (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 23 Apr 2026 15:03
Last Modified: 23 Apr 2026 15:03
Queue Number: 2026-04-Q2910
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128446

Actions (login required)

View Item View Item