Ramya, Razanah and Mohd Hatta, Farah Ayuni and Othman, Rashidi (2025) Herba dan perbidanan tradisional. PENERBIT UKM, Selangor. ISBN 9786294865822
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (4MB) | Request a copy |
Abstract
Alam Melayu kaya dengan khazanah biodiversiti yang menjadi asas kepada pelbagai aspek kehidupan masyarakat, termasuk dalam bidang perubatan dan kesihatan tradisional. Salah satu cabang penting dalam perubatan tradisional Melayu ialah amalan perbidanan, yang telah diwarisi turun-temurun dan memainkan peranan penting dalam penjagaan kesihatan ibu serta bayi. Buku ini, Herba dan Perbidanan Tradisonal Melayu, bertujuan untuk mengupas peranan tumbuhan ubatan dan herba dalam amalan perbidanan Melayu serta kepentingannya dalam konteks pemeliharaan warisan ilmu perubatan tradisional. Kepercayaan dan amalan masyarakat Melayu terhadap penggunaan herba dalam perbidanan telah terbentuk melalui pengalaman, pemerhatian, dan kepercayaan kepada hikmah alam. Pelbagai jenis tumbuhan telah digunakan untuk tujuan pemulihan selepas bersalin, penyembuhan luka, penyusuan, dan penjagaan kesihatan keseluruhan ibu. Penggunaan herba seperti kunyit, serai, halia, temu kunci, dan daun mengkudu sering dikaitkan dengan keberkesanan dalam membantu mempercepatkan pemulihan, meningkatkan peredaran darah, serta mengembalikan tenaga ibu selepas melahirkan anak. Selain itu, amalan seperti bertangas, mandi herba, dan pemakanan berpantang turut menjadi sebahagian daripada pendekatan menyeluruh dalam sistem perbidanan tradisional. Seiring dengan perkembangan sains dan perubatan moden, amalan perbidanan tradisional sering berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan relevansinya. Walau bagaimanapun, penyelidikan moden semakin mengiktiraf nilai perubatan herba yang telah diamalkan oleh masyarakat terdahulu. Kajian saintifik kini mula membuktikan bahawa banyak daripada tumbuhan yang digunakan dalam amalan perbidanan tradisional Melayu mengandungi sebatian aktif yang berpotensi dalam bidang farmaseutikal dan perubatan moden. Oleh itu, dokumentasi terhadap herba dalam perbidanan Melayu bukan sahaja penting untuk pemeliharaan warisan, tetapi juga berpotensi menyumbang kepada perkembangan ilmu perubatan.
| Item Type: | Book |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Perbidanan Melayu, Ethnobotani, Herba, Alam Melayu, Lanskap Melayu |
| Subjects: | BPC Science and Technology in Islam BPN Islamic art and architecture G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences R Medicine > RS Pharmacy and materia medica S Agriculture > SB Plant culture |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Landscape Architecture Kulliyyah of Architecture and Environmental Design |
| Depositing User: | Dr rashidi othman |
| Date Deposited: | 23 Apr 2026 08:47 |
| Last Modified: | 23 Apr 2026 08:47 |
| Queue Number: | 2026-04-Q2870 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/128380 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |
