IIUM Repository

TINGKAH LAKU PEMBELIAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM JUALAN SECARA LANGSUNG DI APLIKASI TIKTOK

Ahmad, Siti Yuliandi and Azzmi Shahrin, Azzereen Shahreena and Saipuddin, Nur ‘Amirah (2025) TINGKAH LAKU PEMBELIAN MAHASISWA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DALAM JUALAN SECARA LANGSUNG DI APLIKASI TIKTOK. International Young Scholars Journal of Languages, 8 2025 (8). pp. 111-133. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Secara umumnya, tingkah laku pembelian merupakan cara atau tindakan yang dilakukan oleh individu mahupun kumpulan dalam membuat keputusan untuk membeli sesuatu barangan mahupun perkhidmatan. Dewasa ini, pembelian melalui jualan secara langsung telah menjadi gaya hidup masyarakat yang seiring dengan perkembangan teknologi dan media digital masa kini. Kajian ini dijalankan berdasarkan dua objektif kajian, iaitu deskriptif dan inferensi. Objektif pertama kajian bagi kajian ini ialah mengenal pasti tahap situasi kewangan, gaya bahasa penjual, trend semasa dan tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Selanjutnya, kajian ini juga dijalankan bertujuan untuk mengkaji hubungan antara situasi kewangan, gaya bahasa penjual dan trend semasa yang mempengaruhi tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang melibatkan kaedah soal selidik berkenaan tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok. Borang soal selidik daripada Google Form diedarkan kepada 40 orang responden yang terdiri daripada Mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh yang telah dipilih secara rawak mudah berdasarkan kedudukan geografi lokasi tersebut. Hasil kajian menunjukkan bahawa trend semasa lebih mempengaruhi tingkah laku pembelian mahasiswa institusi pengajian tinggi dalam jualan secara langsung di aplikasi TikTok berbanding situasi kewangan dan gaya bahasa.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: jualan secara langsung, TikTok, situasi kewangan, gaya bahasa dan trend semasa
Subjects: H Social Sciences > HC Economic History and Conditions > HC79 Special topics. Including air pollution, consumer demands,famines, flow of fund etc
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr. Siti Yuliandi Ahmad
Date Deposited: 29 Dec 2025 10:13
Last Modified: 29 Dec 2025 10:13
Queue Number: 2025-12-Q1379
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/126524

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year