Gunardi, Setiyawan and Mohd Rashid, Wan Rafiqul A’ala and Mohd Salleh, Mohd Mahyeddin and Abdul Rab, Muneer Ali and Muflih, Betania Kartika
(2025)
Pengurusan penghantaran Foodpanda di Malaysia dari sudut perspektif logistik halal.
In: Seminar Antarabangsa Islam dan Sains (SAIS 2025) Edisi ke-8, 2025, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia.
Abstract
Foodpanda ialah perkhidmatan penghantaran makanan yang popular digunakan oleh rakyat
Malaysia untuk mendapatkan makanan dan barangan runcit. Tempahan makanan dalam Foodpanda
terdiri daripada semua rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama dan kaum sehingga
penghantaran ini berkemungkian menghadapi isu dan cabaran logistik terhadap status makanan.
Objektif kajian ini adalah untuk mengkaji sistem perkhidmatan penghantaran makanan yang
dikendalikan pihak Foodpanda di Malaysia. Selain itu, mengkaji isu dan cabaran dari segi halal dan
haram makanan yang dihantar oleh penghantar Muslim bagi memberikan jalan penyelesaian. Kajian
ini menggunakan metod kualitatif dan metod kuantitatif setelah mendapat data secara dokumentasi
dan google form yang diedarkan kepada responden untuk dianalisa secara diskriftif. Hasil kajian
menunjukkan majoriti penghantar mengetahui konsep halal dalam perkhidmatan penghantaran
Foodpanda. Kajian ini mempunyai implikasi bahawa sebarang makanan halal tidak akan tercemar
dengan unsur haram dalam pengurusan penghantaran makanan Foodpanda.
Actions (login required)
 |
View Item |