Yusmizam, Yasmin Afifah and Saimon, Aminnudin (2025) Penguasaan Murid Tahun Enam terhadap Tulisan Jawi bagi PerkataanPinjaman Bahasa Asing. PENDETA, 16 (2). pp. 106-119. E-ISSN 2600-8696
|
PDF
Download (471kB) |
Abstract
Khazanah penulisan Jawi semakin menunjukkan kemerosotansehingga menimbulkan kebimbangan, seiring dengan perkembangan bahasa yang pesat dan pengaruhpeminjaman kosa kata asing yang semakin meluas(Noraziah Mohd. Amin et al. 2018). Fenomena ini menyebabkan sebahagian besar bentuk ejaan leksikal menjadi semakin kompleks dan sukar dikuasai. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap penulisan Jawi khususnya melibatkan kata pinjaman bahasa asing (KPBA). Kajian ini menggunakan pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif melibatkan seramai 44 orang murid Tahun Enam Sekolah Rendah Agama (SRA) Kuang sebagai responden. Bagi menilai tahap penguasaanmurid, instrumen ujian ejaan dan penulisan Jawi berasaskan KPBA digunakan, manakala data dianalisis dengan merujuk Klasifikasi Skor Murid oleh Yusri Maulida Rahmah (2023). Hasil kajian mendapati murid Tahun Enam di SRA Kuang masih menghadapi kesukaran dalam menguasai penulisan Jawi bagi KPBA, walaupun terdapat segelintir murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang. Analisis lanjut yang dibuat berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewanmenunjukkan bahawa majoriti murid mengalami kekeliruan dalam mengeja kata pinjaman bahasa Inggeris (KPBI) berbanding kata pinjaman bahasa Arab (KPBAr), yang umumnya lebih mudah diserapkan ke dalam tulisan Jawi. Oleh itu, kajian ini menegaskan keperluan pengajaran KPBA dalam tulisan Jawi dilaksanakan secara lebih sistematik dan berfokus, agar usaha melahirkan generasi celik Jawi dapat dicapai, selaras dengan perkembangan dan kelestarian bahasa Melayu.
| Item Type: | Article (Journal) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Tulisan Jawi;penguasaan tulisan Jawi;murid tahun enam;kata pinjaman asing;celik JawI |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
| Date Deposited: | 01 Dec 2025 19:46 |
| Last Modified: | 01 Dec 2025 19:46 |
| Queue Number: | 2025-12-Q404 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124991 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics