Johari, Arina (2025) Bahasa tubuh digital: evolusi kesantunan bukan lisan Melayu. Dewan Bahasa (11). pp. 56-59. ISSN 1511-9092
|
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Dalam masyarakat Melayu lama, kesantunan bukan lisan atau bahasa tubuh amat terikat dengan struktur sosial, usia, dan status. Bahasa tubuh bukan sekadar suatu bentuk refleksi semata-mata tetapi proses pendidikan jiwa. Antara bentuk utama yang diajar oleh ibu bapa dahulu kepada anak-anak ialah i). menundukkan kepala ketika berjalan melintasi orang tua atau guru bukan kerana takut, tetapi menandai penghormatan yang tinggi; ii). duduk bersimpuh (perempuan) atau bersila rendah (lelaki) di hadapan orang yang berstatus lebih tinggi bukan tanda hina, tetapi sebagai simbol kesetiaan dan rendah diri; iii). menjaga jarak tubuh (proxemics) dengan tidak berdiri terlalu dekat apabila berbicara dengan orang yang berstatus tinggi menandai rasa malu; iv). memberikan senyuman mesra dan pandangan mata yang sopan bagi mengelak pandangan tajam agar tidak dianggap biadap; dan v). memakai pakaian yang longgar dan berlapik bagi menzahirkan bukan sekadar adab tetapi maruah diri. Setiap gerak atau bahasa tubuh ini dilatih sejak kecil termasuklah adat-adat yang lain seperti bersalaman dengan mencium tangan orang yang lebih tua, menunduk sewaktu menyampaikan barang, dan mengekalkan suara yang rendah di hadapan tetamu.
| Item Type: | Article (Magazine) |
|---|---|
| Uncontrolled Keywords: | Bahasa tubuh digital; kesantunan bukan lisan; evolusi kesantunan bukan lisan; kesantunan Melayu; kesantunan digital |
| Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) L Education > L Education (General) P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
| Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
| Depositing User: | DR. ARINA JOHARI |
| Date Deposited: | 12 Nov 2025 16:37 |
| Last Modified: | 12 Nov 2025 16:37 |
| URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/124336 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |

Download Statistics
Download Statistics