IIUM Repository

Retorik pemujukan ahli politik Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya Kedah 2023

Abdullah, Amirul Ammar and Saimon, Aminnudin (2025) Retorik pemujukan ahli politik Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya Kedah 2023. International Young Scholars Journal of Language, 8 (1). pp. 1-16. E-ISSN 0128-2573

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Retorik ialah seni penggunaan bahasa yang menarik untuk mempengaruhi pemikiran pendengar. Jika sebelum ini retorik adalah berkaitan dengan kemahiran berucap di khalayak ramai, tetapi pada zaman sekarang bidang retorik telah memasuki bidang penulisan yang menjadikan unsur seni dalam penggunaan bahasa digabungkan dengan cara mempengaruhi masyarakat berkomunikasi secara keseluruhan. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti penggunaan retorik pemujukan dan menganalisis penggunaan retorik pemujukan yang digunakan oleh ahli politik Perikatan Nasional dalam kempen pilihan raya negeri Kedah 2023. Reka bentuk kajian yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan etnografi berdasarkan pendekatan kajian jenis kualitatif. Pengkaji tertarik untuk mengetahui kaedah penggunaan retorik pemujukan yang dibawa oleh ahli politik Perikatan Nasional sehingga membawa kemenangan yang begitu besar kepada parti politik tersebut walaupun gabungan parti politik tersebut masih baharu dalam kancah politik di Malaysia. Berdasarkan analisis yang dilakukan terhadap bahan video kempen pilihan raya, hasil analisis mendapati bahawa penggunaan pemujukan tidak rasional jauh lebih dominan berbanding pemujukan rasional serta memperlihatkan kecenderungan ahli politik untuk menawan emosi khalayak sebagai pendekatan yang lebih efektif dalam meraih sokongan.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Pilihan Raya, Politik, Retorik Pemujukan, Teori Retorik
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 06 Aug 2025 16:58
Last Modified: 06 Aug 2025 16:58
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122439

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year