Rosli, Intan Amirah and Saimon, Aminnudin (2025) Pengklasifikasian bahasa emotif dalam iklan etiqa Hari Raya Aidilfitri. International Young Scholars Journal of Language, 8 (1). pp. 1-14. E-ISSN 0128-2573
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (1MB) | Request a copy |
Abstract
Bahasa emotif merupakan pilihan kata yang digunakan untuk membangkitkan emosi dan menghasilkan tindak balas emosi tertentu dalam kalangan khalayak. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan kata emotif dalam iklan etiqa sempena hari raya aidilfitri. Kajian ini dilaksanakan menggunakan model Penilaian Martin, J. R. dan White, P. R. R. (2005) sebagai sandaran kajian. Reka bentuk kajian kualitatif digunakan dalam pemerolehan data dengan memanfaatkan kaedah kepustakaan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat tujuh jenis kata emotif positif yang dikenal pasti, iaitu kesyukuran, pencapaian, keyakinan, kecintaan, harapan, keprihatinan dan kegembiraan. Dalam kajian ini juga terdapat kata emotif negatif yang dikenal pasti, iaitu kebimbangan, kesedihan dan sindiran. Pendekatan teori ini menunjukkan bahawa emosi yang dipaparkan melalui kajian ini bukan sahaja mencerminkan perasaan tertentu, tetapi turut memberi impak kepada tingkah laku dan persepsi khalayak terhadap mesej yang disampaikan.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Bahasa emotif, positif, negatif, iklan hari raya, etiqa, model penilaian dan emosi. |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages |
Depositing User: | Dr Aminnudin Saimon |
Date Deposited: | 06 Aug 2025 16:25 |
Last Modified: | 06 Aug 2025 16:53 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122437 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |