Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Jenayah kopiah putih moden dan purba. Utusan Malaysia, Gaya (Agama) - Suluh Wahyu (11hb Julai 2025). p. 19. ISSN 2716-6694
![]() |
PDF
- Published Version
Restricted to Registered users only Download (474kB) | Request a copy |
Abstract
Sekali lagi kain putih yang dipakai agamawan negara dicemari secalit dakwat hitam yang ditumpahkan segelintir individu yang menumpang jubah, serban serta kopiah agamawan demi kepentingan nafsu serakah mereka. Begitulah lumrahnya, mata lebih mudah tertumpu pada tompokan hitam yang secalit berbanding putih sucinya ratusan ela si kain putih. Umat Islam Malaysia gempar dengan pendedahan terbaru melibatkan salah laku seorang lelaki yang memakai perawakan seorang agamawan. Tak perlu diulas lanjut perincian jenayahnya, cukuplah ia menjadi pengajaran kepada semua betapa pakaian luaran mudah menipu. Inilah yang Allah gambarkan pada pakaian tipu yang diperagakan si munafik. Firman Allah: وَإِذَا رَأَيْتَهُمْ تُعْجِبُكَ أَجْسَامُهُمْ وَإِنْ يَقُولُوا تَسْمَعْ لِقَوْلِهِمْ Ertinya: Dan apabila engkau melihat mereka, engkau tertarik hati kepada tubuh badan mereka (dan keterampilan); dan apabila mereka berkata-kata, engkau juga (tertarik hati) mendengar tutur katanya (kerana manis dan fasih)… (al-Munafiqun 63:4). Cakap golongan ini juga sangat manis sehingga mungkin boleh menyebabkan si pendengar terkena sakit kencing manis yang memudaratkan jiwa dan “raga.” Firman Allah lagi: وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ اللَّهَ عَلَى مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ (204) وَإِذَا تَوَلَّى سَعَى فِي الْأَرْضِ لِيُفْسِدَ فِيهَا وَيُهْلِكَ الْحَرْثَ وَالنَّسْلَ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ الْفَسَادَ (205) Ertinya: Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapat hajatnya), berusahalah dia di bumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia; sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan (al-Baqarah 2:204-205). Agama ialah pembimbing manusia. Manusia tak mampu hidup sebagai manusia yang hakiki tanpa bimbingan agama. Manusia yang tidak beragama seumpama layang-layang tak bertali. Walau bebas terbang di udara tanpa batas dan kekang, ia berkemungkinan jatuh terhempas tanpa kubur atau nisan.
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 3588/122028 |
Uncontrolled Keywords: | jenayah kopiah putih, penunggang agama |
Subjects: | B Philosophy. Psychology. Religion > BJ Ethics > BJ1188 Religious ethics B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP1 Islam > BP173.5 Islam and world politics |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 14 Jul 2025 09:51 |
Last Modified: | 14 Jul 2025 09:51 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/122028 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |