IIUM Repository

Penilaian aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan pigmen biji kesumba melalui ujian bioesei = Evaluation of antimicrobial activity and antioxidant content of annatto seed pigment through bioassay testing

Jamaludin, Nur Atiqah and Ramya, Razanah and Othman, Rashidi and Mohtar, Mastura (2025) Penilaian aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan pigmen biji kesumba melalui ujian bioesei = Evaluation of antimicrobial activity and antioxidant content of annatto seed pigment through bioassay testing. Asian Journal of Environment, History and Heritage, 9 (1). pp. 25-39. ISSN 2590-4213 E-ISSN 2590-4310

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (659kB) | Request a copy

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai potensi farmakologi pigmen semula jadi daripada biji kesumba (Bixa orellana) melalui analisis aktiviti antimikrob dan kandungan antioksidan. Pigmen utama yang dikenali sebagai bixin telah diekstrak menggunakan kaedah pelarut dan dianalisis untuk menilai keberkesanannya terhadap beberapa strain mikroorganisma patogenik. Mikrob yang dipilih dalam kajian ini terdiri daripada kumpulan bakteria gram-positif dan gram-negatif, serta kulat yis dan dermatofit. Antara strain yang diuji termasuklah Staphylococcus aureus, Methicillin-resistant Staphylococcus aureus (MRSA), Pseudomonas aeruginosa, Candida albicans, Microsporum canis dan Trichophyton mentagrophytes. Semua kultur mikroorganisma diperoleh daripada American Type Culture Collection (ATCC) dan diuji menggunakan kaedah Kepekatan Inhibitori Minimum (Minimum Inhibitory Concentration, MIC) untuk menentukan keberkesanan antimikrob bixin. Selain daripada itu, kandungan antioksidan pigmen kesumba dinilai menggunakan kaedah DPPH (2,2-diphenyl-1-picrylhydrazyl), yang mengukur keupayaan bahan untuk menstabilkan radikal bebas. Hasil kajian menunjukkan bahawa pigmen kesumba mempamerkan aktiviti antimikrob yang ketara, khususnya terhadap bakteria gram-positif seperti S. aureus dan dermatofit seperti T. mentagrophytes. Aktiviti antioksidan yang tinggi turut menyumbang kepada kestabilan struktur molekul bixin dan meningkatkan potensinya sebagai agen terapeutik. Secara keseluruhannya, penemuan ini menyokong potensi penggunaan bixin sebagai bahan semula jadi dalam formulasi farmaseutikal moden. Kajian ini juga mengukuhkan lagi nilai perubatan kesumba yang telah lama diamalkan dalam perubatan tradisional Melayu, sekaligus menunjukkan bahawa pengetahuan etnobotani tradisi masih relevan dalam pembangunan ubat-ubatan masa kini.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kesumba, Bixa orellana, bixin, aktiviti bioesei, farmakologi
Subjects: BPC Science and Technology in Islam
G Geography. Anthropology. Recreation > GE Environmental Sciences
R Medicine > RS Pharmacy and materia medica
S Agriculture > S Agriculture (General)
T Technology > TP Chemical technology > TP248.13 Biotechnology
T Technology > TP Chemical technology > TP890 Textile dyeing and printing
T Technology > TP Chemical technology > TP934 Paints, pigments, varnishes, etc
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Architecture and Environmental Design > Department of Landscape Architecture
Kulliyyah of Architecture and Environmental Design
Depositing User: Dr rashidi othman
Date Deposited: 08 Jul 2025 11:33
Last Modified: 08 Jul 2025 11:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121968

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year