Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2025) Kucing caracal, api dan Iran anjing Tuhan? Utusan Malaysia, Gaya (Agama) - Suluh Wahyu (27hb Jun 2025). p. 19. ISSN 2716-6694
|
PDF
- Published Version
Download (3MB) | Preview |
Abstract
“Mungkin doa umat Islam sedunia sudah dimakbulkan Allah! Lihatlah bagaimana bertali arus anjing Tuhan menyerbu negara Haram Zionis Israel. Setiap terkaman anjing Tuhan meninggalkan kesan mendalam kepada mereka.” Episod perang Israel Iran sudah semakin reda. Kali ini buku bertemu ruas! Israel mulai berasa tulang ketingnya kesakitan setelah dibalas terajang dengan tulang keting yang sama keras oleh Iran. Itu baru Iran yang sudah puluhan tahun mengalami sekatan Barat, bayangkan jika seluruh dunia Islam bersatu menyebat punggung Israel, pastinya budak kecil hingusan yang dijaga abang besar Amerika itu akan sedar diri atau lari terkencing. Anjing Tuhan? Apa kaitan Israel dan serangan anjing Tuhan? Ia bertitik tolak daripada sepotong bacaan doa dalam Qunut Nazilah yang sudah bertahun dibaca umat Islam berikutan penindasan berterusan Israel terhadap umat Islam di Gaza. “Ya Allah! Hantarlah seekor anjing daripada banyak anjing ciptaan-Mu untuk memusnahkan mereka.” Qunut Nazilah ialah doa khas dalam semua solat ketika umat Islam ditimpa sebarang bencana seperti serangan musuh, penularan wabak penyakit, kemarau dan sebagainya. Nabi SAW pernah mendoakan kemusnahan kepada 3 kabilah Arab iaitu Ri’lan, Dhakwan dan ‘Usayyah yang menipu Baginda SAW sehingga menyebabkan 70 orang sahabat Ansar mati dibunuh (Sahih al-Bukhari, 3781).
Item Type: | Article (Newspaper) |
---|---|
Additional Information: | 3588/121757 |
Uncontrolled Keywords: | kucing caraca, Iran, perang Iran-Israel |
Subjects: | D History General and Old World > DS Asia > DS119.7 Arab-Israeli Conflict |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion |
Depositing User: | Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim |
Date Deposited: | 29 Jun 2025 14:37 |
Last Modified: | 29 Jun 2025 14:37 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/121757 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |