IIUM Repository

Jenamakan media Melayu jika mahukan bahasa Melayu diperkasa

Mohd Noor Merican, Ahmad Murad (2025) Jenamakan media Melayu jika mahukan bahasa Melayu diperkasa. Bebas News.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (6MB) | Request a copy

Abstract

MEDIA Melayu mesti diperkasakan terlebih dahulu jika kita mahu bercakap mengenai peranan media dalam memperkasakan Bahasa Melayu. Dan apa itu ‘media Melayu?’ Kita alpa. Tidak ada pengiktirafan sosial, akademik atau dasar mengenai maksud ‘media Melayu.’ Namun, media Melayu adalah satu realiti sosial dan sejarah. Wajar kita mengiktiraf entiti/kategori media Melayu atas sebab kepentingan kebangsaan. Esei ini menjurus kepada media Melayu sebagai merangkumi satu identiti kolektif organisasi, wartawan dan kewartawanan, yang dapat disifatkan sebagai cetak, radio dan televisyen, dan kini menyalur dan menjelma dalam talian dan dipaparkan melalui pelbagai pelantar digital. Namun, apa yang perlu kita ambil perhatian ialah media Melayu ini dikendalikan oleh orang Melayu, khususnya wartawan dan editor Melayu, serta dibiayai oleh kepentingan Melayu. Pengiktirafan media Melayu adalah atas kepentingan kebangsaan. Cuba kita lihat media Cina, contoh kewartawanan berbahasa Cina dan kewartawanan berbahasa Inggeris. Ia dikendalikan oleh golongan wartawan dan editor Cina. Dan sudah tentu, ia tidak akan memperkasakan Bahasa Melayu.

Item Type: Article (Newspaper)
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: PROF. DR. AHMAD MURAD MOHD NOOR MERICAN
Date Deposited: 02 May 2025 16:33
Last Modified: 02 May 2025 16:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/120796

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year