Mohd Yusof, Hariza and Abdullah, Adam Wong and Abu Kassim, Noor Lide, eds. (2024) Kelestarian penerbit universiti: cabaran masa kini. Penerbit USIM, Penerbitan Universiti Malaya, IIUM Press, Petaling Jaya, Malaysia. ISBN 978-967-488-361-4
|
PDF
- Published Version
Download (7MB) | Preview |
Abstract
Penerbitan buku ini merupakan usaha bersama tiga universiti iaitu Penerbit Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Penerbit Universiti Malaya (UM) dan Penerbit Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Kerjasama penerbitan ini adalah untuk melihat ruang, cabaran, masalah dan perkongsian pengalaman para pentadbir yang berada dalam kelompok pentadbiran penerbitan di penerbit universiti dalam tugas yang rencam. Para editor, pereka letak, pembaca pruf, pentadbir, dan pengarah atau ketua penerbit antara mereka yang terlibat dalam usaha ruang lingkup untuk menerbitkan buku di penerbit masing-masing. Kelestarian penerbit merupakan gemblengan yang berada dalam kitaran mereka ini. Sesebuah buku tidak akan berjaya diterbitkan sekiranya tidak ada kelompok yang menangani manuskrip mentah sehingga menjadi sebuah buku yang cantik untuk dipegang dan diperdagangkan mengikut tema yang dipilih. Kebanyakan penerbit universiti terutamanya universiti awam bernaung di bawah Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) yang ditubuhkan pada 1997. MAPIM menjadi penyatu kepada para penerbit ini bagi mendapatkan kewangan, menjalankan pelbagai aktiviti perbukuan seperti pesta buku, bekerjasama dalam menerokai pasaran antarabangsa dan juga berkongsi ilmu dalam arena perbukuan. MAPIM menjadi nadi penggerak kepada para penerbit kecil dan besar bergabung untuk sama-sama mencitrakan dan meletakkan penerbitan ilmiah di tempat yang sewajarnya.
Item Type: | Book |
---|---|
Subjects: | A General Works > AS Academies and learned societies (General) L Education > L Education (General) L Education > LB Theory and practice of education > LB2300 Higher Education |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy |
Depositing User: | Prof Dr Noor Lide Abu Kassim |
Date Deposited: | 04 Mar 2025 10:35 |
Last Modified: | 04 Mar 2025 10:35 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/119944 |
Actions (login required)
![]() |
View Item |