IIUM Repository

Penggunaan kamus salinan digital dwibahasa untuk terma perundangan (Bahasa Latin – Bahasa Melayu) sebagai rujukan masyarakat umum untuk subjek perundangan

Termizi, Mazbah and Azizan, Puteri Amelia Norhananie and Ali, Adibah and Abu Hasan, Nurliyana and Azrymi, Amirul Nazmi and Hashim, Muhammad Faizuddin (2024) Penggunaan kamus salinan digital dwibahasa untuk terma perundangan (Bahasa Latin – Bahasa Melayu) sebagai rujukan masyarakat umum untuk subjek perundangan. In: International Conference of Future & Sustainable Education (ICFSE), 16-17th July 2024, CFS, IIUM, Gambang, Pahang..

[img]
Preview
PDF - Supplemental Material
Download (2MB) | Preview
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (13MB) | Request a copy

Abstract

Penciptaan kamus digital dwibahasa yang menterjemahkan istilah undang-undang bahasa Latin ke bahasa Melayu adalah sejajar dengan pendekatan pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang menekankan integrasi teknologi. Kebanyakan istilah perundangan yang digunakan dalam pengajian perundangan serta amalan di mahkamah-mahkamah Malaysia berasal daripada bahasa Latin. Oleh itu, memahami istilah perundangan dalam bahasa Latin amat penting memandangkan terma-terma Latin banyak digunakan terutamanya dalam bidang undang-undang sivil. Kamus ini akan direka bentuk bagi membolehkan pelajar menggunakannya secara mudah di skrin paparan elektronik serta secara dalam talian. Ia juga akan disertakan dengan imej-imej yang membantu pemahaman pelajar terhadap terma undangundang, sekali gus selaras dengan kaedah pembelajaran kontemporari yang fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut keperluan pembelajaran pelajar. Projek ini berhasrat untuk mengkaji keberkesanan penggunaan kamus digital dwibahasa undang-undang dalam kalangan pelajar khususnya dan masyarakat secara amnya yang berminat dengan prospek perundangan. Responden bagi tinjauan projek ini terdiri daripada pelajarpelajar (undang-undang dan jurusan lain), pengamal undang-undang serta masyarakat umum yang tidak terlibat secara langsung dengan bidang perundangan. Hal ini kerana, kamus digital ini dilihat akan memberi impak bukan sahaja terhadap pelajar-pelajar undang-undang, malah akan membantu masyarakat umum yang lain dalam memahami istilah-istilah perundangan. Sementara masih dalam proses paten, hasil dapatan yang diperoleh akan menggerakkan usaha untuk membina aplikasi kamus dwibahasa digital tersebut dengan bantuan daripada pakar teknologi maklumat (IT). Melalui pendekatan ini, pelajar akan dapat menikmati pengalaman pembelajaran yang lebih interaktif dan efektif, selaras dengan keperluan pendidikan abad ke-21.

Item Type: Proceeding Paper (Poster)
Uncontrolled Keywords: terma perundangan, kamus digital, dwibahasa, pengajaran dan pembelajaran Abad ke-21, pembelajaran berorientasikan pelajar
Subjects: K Law > K Law (General)
L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Foundation Studies
Depositing User: Dr. Mazbah Termizi
Date Deposited: 20 Jan 2025 11:31
Last Modified: 20 Jan 2025 11:33
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/118150

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year