IIUM Repository

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bahasa ibunda & identiti budaya terhadap prasetia keusahawanan: kajian dalam kalangan pelajar IIUM

Awang, Mohd Senu (2023) Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen bahasa ibunda & identiti budaya terhadap prasetia keusahawanan: kajian dalam kalangan pelajar IIUM. In: Research Insights in Teaching and Learning. - (-). CELPAD Research Unit, CELPAD, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 206-220. ISBN -

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (5MB) | Request a copy

Abstract

Prasetia keusahawanan merupakan dimensi yang sentiasa mendapat perhatian penyelidikan, kerana merupakan antara faktor yang mendorong seseorang untuk menceburi kerjaya dalam bidang keusahawanan. Model Teori Tingkah laku yang Dirancang-Theory of Planned Behaviour (TPB), merupakan model popular yang sering diguna pakai bagi mengukur prasetia keusahawanan. Kajian ini bertujuan untuk membuat semakan terhadap instrumen kajian yang berteraskan TPB, dan ditambah baik dengan Identiti budaya sebagai pemboleh ubah tidak bersandar tambahan serta peranan Bahasa Ibunda sebagai pemboleh ubah mediator, terhadap prasetia keusahawanan. Faktor TPB (1) Sikap terhadap Tingkah laku mempunyai 7 item, (2) Norma Subjektif -7 item, (3) Kawalan Tingkah laku-6 item dan Identiti Budaya -5 item. Sementara Bahasa Ibunda- 7 item. Pemboleh ubah bersandar prasetia keusahawanan pula ada 7 item. Bagi tujuan penyelidikan ini, seramai 425 orang mahasiswa IIUM terlibat sebagai sampel dalam analisis kuantitatif. Sementara 44 sampel telah diuji sebagai kajian rintis. Analisis secara deskriptif dan analisis kebolehpercayaan (Cronbach alpha) diukur bagi melihat kestabilan dan ketekalan dalaman item dengan menggunakan perisian SPSS version 26. Nilai Cronbach alpha bagi (1) Sikap terhadap Tingkah laku ialah 0.927, (2) Norma Subjektif, 0.948, (3) Kawalan Tingkah laku, 0.860, dan Identiti Budaya, 0.914. Nilai Cronbach Alpha bagi Bahasa Ibunda, 0.918 dan Prasetia keusahawanan pula 0.936. Manakala analisis korelasi menggunakan analisis Korelasi Peason bagi mengukur kesahan konstuk item soal selidik. Nilai korelasi bagi semua item menunjukkan item-item soal selidik ini baik, sah dan boleh diterima untuk inter-korelasi terhadap prasetia keusahawanan serta signifikan untuk penyelidikan ini. Nilai-nilai yang dicapai adalah sangat baik dan mengesahkan instrumen penyelidikan yang dihasilkan boleh diterima untuk tujuan penyelidikan seterusnya. Bahkan penyelidik juga mencadangkan reka bentuk penyelidikan serta rumusan hasil daripada pnyelidikan ini untuk manfaat penyelidikan akan datang.

Item Type: Book Chapter
Uncontrolled Keywords: Bahasa Ibunda, Identiti Budaya, Prasetia Keusahawanan -niat/janji yang teguh.
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic > PJ6001 Arabic > PJ6073 Language
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Bahasa Melayu Division
Depositing User: Mrs. Suhaila Abdullah
Date Deposited: 02 Jan 2025 17:24
Last Modified: 02 Jan 2025 17:24
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/117952

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year