IIUM Repository

Penginterpretasian ujaran ilokusi dalam mengungkapkan hubungan saling memahami: pemanfaatan iklan perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di rancangan wanita hari ini (WHI)

Saimon, Aminnudin and Abu Bakar, Ainul Izzah Azreen (2024) Penginterpretasian ujaran ilokusi dalam mengungkapkan hubungan saling memahami: pemanfaatan iklan perniagaan D'Herbs dan Siti Khadijah di rancangan wanita hari ini (WHI). LSP International Journal, 11 (2). pp. 97-114. E-ISSN 2601-002X

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (412kB) | Request a copy

Abstract

Iklan merupakan suatu perihal menghebahkan atau memberitahu khalayak tentang sesuatu penghasilan produk dan perkhidmatan. Kebanyakan pengusaha atau pengiklan menggunakan media massa seperti televisyen untuk mempromosikan hasil produknya. Secara tidak langsung, lakuan pertuturan sebenarnya banyak diterapkan dalam ujaran para pengusaha, namun sukar untuk ditentuk an jenis lakuanpertuturannya kerana kekeliruan dan kekurangan pemahaman tentang lakuan pertuturan. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis jenis lakuan pertuturan dalam iklan perniagaan D’herbs (seterusnya DH) dan Siti Khadijah (seterusnya SK) dalam rancangan Wanita Hari Ini (WHI) mengikut kriteria taksonomi Searle (1969). Kaedah kualitatif iaitu anal isis kandungan teks digunakan sebagai pendekatan kajian untuk mengumpul data mengenai jenis-jenis lakuan pertuturan. Kaedah ini dipilih kerana setiap ujaran bagi setiap pengusaha undangan dan pengacara dalam rancangan tersebut akan diteliti dan dikategorikan mengikut jenis lakuan pertuturan teori Searle (1969). Ujaran peserta kajian akan ditranskrip daripada audio kepada teks dengan menggunakan kaedahtranskripsi. Data utama kajian diperoleh daripada rancangan WHI sebagai platform utama di samping iklan DH dan SK. Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan jenis lakuan pertuturan yang dinyatakan oleh Searle (1969), iaitu asertif, ekspresif, direktif dan komisif diaplikasikan oleh para penutur. Setiap ujaran menandakan satu bentuk arahan yang mendorong pendengar untuk mengambil tindakan berdasarkan hajat komunikatif penutur. Kajian ini diharapkan mampu menjadi sumbang saran kepada pengusaha-pengusaha untuk menggunakan ujaran yang menggabungkan lakuan pertuturan yang sesuai sejajar dengan kebolehan kognitif penonton,sekali gus memastikan lakuan ilokusinya difahami oleh pelanggan dengan jelas. Teori lakuan pertuturan Searle (1969) didapati amat sesuai untuk meningkatkan kefahaman khalayak tentang maksud komunikatif penutur. Justeru, penyampaian maklumat yang berkesan dengan menggunakan lakuan pertuturan yang tepat mampu memberi impak positif kepada negara dan masyarakat secara amnya, sekali gus menyumbang kepada wacana yang lebih baik. Oleh hal yang demikian, kajian ini menjadi suatu keperluan untuk dijalankan atas impak positifnya.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: lakuan pertuturan, iklan perniagaan, teori lakuan pertuturan Searle (1969), pengusaha dan media massa.
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics
P Language and Literature > P Philology. Linguistics > P87 Communication. Mass media
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Sustainable Tourism and Contemporary Languages
Depositing User: Dr Aminnudin Saimon
Date Deposited: 16 Dec 2024 14:34
Last Modified: 16 Dec 2024 14:37
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/116772

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year