Mohamad, Baharom and Salleh, Mohamad Johdi
(2009)
Pembangunan modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara.
In: Seminar Kebangsaan Pembangunan Modal Insan, 23 - 24 Mac 2009, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.
Abstract
Dewasa ini masyarakat ketika ini berhadapan dengan suasana yang penuh dengan kemelut keruntuhan akhlak yang cukup membimbangkan. Sejak akhir-akhir ini kita sering dihidangkan
dengan berita-berita yang negatif tentang generasi muda di samping sebilangan kecil kisah kejayaan dan kecemerlangan yang telah diraih oleh mereka. Kes-kes salah laku jenayah sivil, jenayah syariah, masalah disiplin dan adab sering dikaitkan dengan generasi muda. Hal ini tentunya mengundang rasa rungsing dan gusar di kalangan pemimpin negara terutamanya dalam memastikan aspirasi Wawasan 2020 tercapai. Negara telah menetapkan sasaran mencapai taraf negara maju dalam tahun 2020. Tanggungjawab pengisian wawasan adalah tanggungjawab kita bersama. The ‘towering Malays’ ketika itu perlu berada di barisan utama dalam sebuah negara Malaysia yang telah pun mencapai taraf negara maju. Merekalah Melayu, berani bersaing dan berupaya berganding di liga antarabangsa, dalam gelanggang yang lebih
luas iaitu dengan peraturan yang lebih bebas. Modal insan sebagai satu pelaburan penting dalam konteks pembinaan negara akan diterangkan dari sudut kesihatan, pendidikan, IPTA, ICT, ekonomi, sosial, perspektif Islam dan moral atau akhlak.
Actions (login required)
|
View Item |