Mohamad, Baharom and Yunus, Fazlina and Salleh, Mohamad Johdi and Abdullah, Mohd Yusof (2010) Kepemimpinan autentik dalam pendidikan teknik dan vokasional di politeknik. Malaysian Educational Deans' Council Journal, 6. pp. 35-48. ISSN 1511-8959
PDF
- Published Version
Restricted to Repository staff only Download (62kB) | Request a copy |
Abstract
Pentadbiran sesebuah organisasi yang cemerlang adalah bergantung kepada pemimpin yang mempraktikkan keseluruhan atau salah satu domain dalam kepimpinan autentik. Pemimpin yang tidak menitikberatkan ciri-ciri kepimpinan tersebut boleh mempengaruhi prestasi kerja dalam kalangan pekerjanya sekali gus memberi impak terhadap kualiti dan kemajuan organisasi tersebut. Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji domaindomain kepimpinan autentik Ketua Jabatan di Politeknik terhadap prestasi kerja pensyarah. Responden kajian terdiri daripada 259 orang pensyarah di tiga buah politeknik di Malaysia iaitu Politeknik Kota Kinabalu, Sabah, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang dan Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Kedah. Responden telah dipilih secara rawak mudah. Reka bentuk kajian yang digunakan adalah tinjauan secara kuantitatif yang menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data dianalisis menggunakan SPSS yang melibatkan peratus, skor min, sisihan piawai dan pengujian hipotesis korelasi Pearson. Dapatan kajian menunjukkan bahawa Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan keempat-empat domain kepimpinan autentik iaitu kesedaran diri (self awareness) (min = 3.95, sp = 0.491), proses keadilan (unbiased processing) (min = 4.01, sp = 0.520), tingkah laku autentik (authentic behavior/ action) (min = 4.03, sp = 0.511) dan perhubungan keaslian (relational authenticity) (min = 4.06, sp = 0.525) dalam mentadbir jabatan di Politeknik. Prestasi kerja pensyarah di bawah kepimpinan Ketua Jabatan secara keseluruhannya berada di tahap sederhana. Hasil dapatan ini juga menunjukkan terdapat perkaitan yang signifikan di antara prestasi kerja pensyarah dengan keempat-empat domain kepimpinan autentik yang diamalkan oleh Ketua Jabatan di Politeknik iaitu kesedaran diri (self awareness) (r = 0.467), proses keadilan (unbiased processing) (r = 0.469), tingkah laku autentik (authentic behavior/ action) (r = 0.466) dan perhubungan keaslian (relational authenticity) (r =0.485) . Secara kesimpulannya, Ketua Jabatan di Politeknik mengamalkan domain-domain kepimpinan autentik dalam mengurus jabatan.
Item Type: | Article (Journal) |
---|---|
Additional Information: | 777/11660 |
Uncontrolled Keywords: | kepimpinan, autentik, kesedaran, keadilan, keaslian |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education |
Depositing User: | AP Dr Mohamad Johdi Salleh |
Date Deposited: | 11 Jan 2012 11:50 |
Last Modified: | 11 Jan 2012 11:55 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/11660 |
Actions (login required)
View Item |