IIUM Repository

Penilaian kemajuan berasaskan sekolah kaedah kerja kursus sejarah (School-based assessment of history coursework)

Salleh, Mohamad Johdi and Ahmad, Abdul Razaq and Ayudin, Ahmad Rafaai (2009) Penilaian kemajuan berasaskan sekolah kaedah kerja kursus sejarah (School-based assessment of history coursework). Malaysian Journal of Education , 34 (2). pp. 111-124. ISSN 2180-0782

[img] PDF (Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah Kaedah Kerja Kursus Sejarah ) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (67kB) | Request a copy

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengutarakan hasil kajian terhadap Penilaian Kemajuan Berasaskan Sekolah khasnya Kerja Kursus Sejarah (KKS), amnya pembelajaran berasaskan projek kerja kursus. Subjek ini wajib diambil oleh semua calon Penilaian Menengah Rendah untuk pensijilan. Fokus perbincangan adalah mengenai elemen ‘perolehan dan pencapaian’ pelajar yang dinilai oleh guru-penilai terutama dari sudut pengajaran-pembelajaran. Hasil kajian mendapati, dalam perlaksanaannya, terdapat kekuatan dan kelebihan yang dimanfaatkan oleh pelajar. Walau bagaimanapun, pelajar-pelajar masih menghadapi berbagai masalah seperti kematangan pengetahuan, kelonggaran fakta, kecelaruan sumber, dan kelonggaran penjanaan kemahiran dalam menjalankan projek KKS. Dengan itu, objektif teras KKS untuk menghasilkan ‘little historian’ berorientasikan pembelajaran-penyelidikan seperti termaktub dalam falsafah pendidikan Sejarah masih memerlukan usaha gigih dari banyak pihak seperti disarankan di penghujung kertas kerja ini. Oleh kerana kesuntukan masa, kertas kerja ini tidak membincangkan secara teknikal penilaian dan pemarkahan hasil projek KKS pelajar seperti yang digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ini disebabkan ia memerlukan kajian yang amat berhati-hati supayamemperoleh hasil yang jitu, saranan praktikal, dan pengutaraan idea yang adil kepada semua pihak.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Efikasi guru, kelayakan guru, latihan guru, pengalaman mengajar, guru sekolah menengah
Subjects: L Education > L Education (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Education
Depositing User: AP Dr Mohamad Johdi Salleh
Date Deposited: 06 Feb 2012 13:02
Last Modified: 06 Feb 2012 13:02
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/11623

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year