Che Haron, Sueraya (2024) Menterjemah teori Ibn Khaldun dalam pembelajaran bahasa di era digitalisasi. Apakhabartv.
|
PDF (Electronic Media)
- Published Version
Download (7MB) | Preview |
Abstract
Pembelajaran bahasa yang efektif memerlukan penguasaan kemahiran-kemahiran berbahasa yang padu untuk membuahkan hasil yang diingini. Kemahiran berbahasa yang dimaksudkan ialah kemahiran membaca, menulis, mendengar, dan juga bertutur. Namun di antara keempat-empat kemahiran ini, yang mana satukah sepatutnya didahulukan? Menurut Ibn Khaldun, objektif akhir sesuatu pembelajaran bahasa ialah kebolehan berkomunikasi secara lisan dalam bahasa tersebut dengan baik. Beliau mendefinisikan bahasa sebagai suatu alat untuk meluahkan perasaan, pendapat, kehendak, serta keperluan seseorang secara lisan. Kebolehan bertutur mengikut standard Ibn Khaldun dinamakan “malakah” iaitu kebolehan bertutur yang kedengaran seperti penutur asal dari segi sebutan, struktur ayat, pemilihan kosa kata yang tepat, dan gaya bahasa yang sesuai dengan konteksnya. Keupayaan berbahasa begini hanya akan dimiliki apabila ia telah sebati dengan diri penuturnya, dan memerlukan pendedahan dan latihan yang banyak, kerap, serta berterusan.
Item Type: | Article (Electronic Media) |
---|---|
Additional Information: | 5042/115313 |
Uncontrolled Keywords: | malakah, bahasa arab, pengajaran, pembelajaran |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education > Department of Language & Literacy Kulliyyah of Education |
Depositing User: | AP DR SUERAYA CHE HARON |
Date Deposited: | 28 Oct 2024 15:16 |
Last Modified: | 28 Oct 2024 15:16 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/115313 |
Actions (login required)
View Item |