IIUM Repository

Isu antara agama: sorotan awal kemerosotan toleransi agama Malaysia

Mat Zain, Aemy Elyani and Ibrahim, Haslina and Ismail, Nazneen and Ismail, Safinah and Abu Hassan, Nur Aisyah and Dass Meral, Fatin Farzana (2024) Isu antara agama: sorotan awal kemerosotan toleransi agama Malaysia. e-Jurnal Penyelidikan dan Inovasi, 11 (2). pp. 1-14. E-ISSN 2289-7909

[img] PDF (Article) - Published Version
Restricted to Repository staff only

Download (448kB) | Request a copy

Abstract

Toleransi merupakan kunci yang membentuk keharmonian dan perpaduan antara penganut antara agama. Namun begitu, timbulnya isu-isu antara agama boleh menjejaskan hubungan antara penganut agama jika tidak dibendung dengan lebih awal. Justeru, artikel ini bertujuan meneroka dan menganalisa apakah isu-isu antara agama yang dilaporkan dalam dapatan kajian yang lalu. Bagi mendapatkan data-data tersebut, kaedah kualitatif telah digunakan. Kaedah perpustakaan digunakan untuk mendapatkan dan meneliti bahan-bahan cetakan artikel ilmiah, tesis dan akhbar berkaitan kajian. Hasil kajian mendapati bahawa dua isu utama yang menjadi jurang dalam usaha pemupukan semangat toleransi antara penganut agama di Malaysia ialah i) pendedahan media sosial dan politik semasa, ii) kurang pengetahuan terhadap agama yang dianuti dan kurang pendedahan terhadap agama-agama lain. Justeru, artikel ini mencadangkan agar isu-isu antara agama yang telah berlaku perlu diberi perhatian supaya ia boleh dibendung seawal mungkin oleh pihak yang berautoriti dan berkepentingan. Selain daripada itu, bagi mencapai kesepaduan yang lebih mendalam, perlu juga diselidiki bagaimana faktor-faktor sosial, ekonomi dan pendidikan boleh memainkan peranan dalam membentuk landskap toleransi agama dalam kalangan masyarakat pelbagai agama di negara ini. Usaha ini perlu menggembeling usaha secara kolektif dari semua pihak termasuk pemerintah, masyarakat sivil dan institusi agama.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Isu antara agama, toleransi agama, keharmonian, Malaysi
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BL Religion
H Social Sciences > HN Social history and conditions. Social problems. Social reform
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences > Department of Usul al-Din and Comparative Religion
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
Depositing User: Dr Haslina Ibrahim
Date Deposited: 02 Oct 2024 08:40
Last Modified: 02 Oct 2024 08:43
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114780

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year