IIUM Repository

Tambah kosa kata teknik 2PS (2 perkataan sehari): satu kajian tindakan pembelajaran Bahasa Arab

Muhammad, Ilyani Syiham and Ismail, Wazzainab (2024) Tambah kosa kata teknik 2PS (2 perkataan sehari): satu kajian tindakan pembelajaran Bahasa Arab. In: Persidangan Antarabangsa Sains Sosial & Kemanusiaan kali ke-9 (PASAK9 2024), 17-18 July 2024, Kajang, Selangor.

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (403kB) | Preview
[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (403kB) | Request a copy

Abstract

Kemahiran mendengar adalah kemahiran pertama yang berlaku kepada penuntut bahasa. Semua perkataan yang didengar merupakan proses pertama untuk keperluan pembelajaran bahasa. Oleh kerana bahasa Arab bukan bahasa utama di negara kita, maka proses mendengar kosa kata adalah terhad ataupun tidak di dalam kondisi yang dapat memberi impak. Oleh itu kosa kata bahasa Arab perlu dicari, dihafal dan difahami. Ini kerana bahasa memerlukan kosa kata iaitu perkataan. Tanpa kosa kata penuntut bahasa tidak dapat menguasai bahasa dengan baik. Maka pembelajaran bahasa Arab perlu sentiasa dirancang dengan tepat mengikut objektif yang digariskan. Kajian ini dijalankan bagi mengkaji pelaksanaan Teknik 2PS (2 perkataan sehari) dalam usaha menambah kosa kata bahasa Arab bagi para pelajar bersandarkan kepada teori Kemmis dan McTaggart (1988). Sampel kajian adalah pelajar kursus bahasa Arab di Jabatan Kefahaman Islam dan Bahsa Arab, Fakulti Sains Sosial, Universiti Islam Selangor yang dipilih secara purposif seramai 10 orang. Kajian kualitatif ini menggunakan teknik analisis dokumen dan pemerhatian untuk proses dapatan dan analisis data. Hasil kajian menunjukkan bahawa Teknik 2PS dapat membantu para pelajar dalam menambah kosa kata bahasa Arab melalui strategi pembelajaran yang betul dan konsisten. Sokongan berterusan pensyarah dalam pelaksanaan dan semakan kerja pelajar amat penting. Teknik 2PS ini adalah usaha awal dan perlu dijalankan secara berterusan demi kecemerlangan penuntut bahasa Arab.

Item Type: Proceeding Paper (Other)
Subjects: P Language and Literature > PJ Semitic
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Quranic Language Division
Depositing User: Prof Dr Muhammad Sabri Sahrir
Date Deposited: 12 Sep 2024 14:53
Last Modified: 12 Sep 2024 15:40
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/114364

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year