Omar, Nurul Syafiqah and Ajiyan, Siti Umairah and Fauzi, Nur Syazwani and Azman, Wan Nur Ain and Mamat, Arifin (2023) Celik Fiqh: didik hibur pendidikan islam ke arah pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid. In: Innovation Product Launching and Entrepreneurship (INNOPLEN), 14th-28th August 2023, Kuantan, Pahang.
|
PDF
- Published Version
Download (2MB) | Preview |
Abstract
Permainan Celik Fiqh merupakan sebuah permainan didik hibur yang dicipta bagi tujuan menyahut seruan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam pelaksanaan pembelajaran berpusatkan murid. Permainan ini juga dapat dijadikan bahan bantu mengajar dan aktiviti pembelajaran kendiri bagi mata pelajaran Pendidikan Islam khususnya bidang Feqah Tingkatan 2. Umumnya, permainan ini berkonsepkan permainan kad yang terdiri daripada kad-kad soalan aras rendah, sederhana dan tinggi beserta jawapan dan kad-kad nota. Tambahan pula, permainan ini dapat dimainkan secara fizikal dan digital. Selain itu, permainan ini dilengkapkan lagi dengan e-infografik yang berwarna, dan mudah difahami merangkumi semua tajuk Tingkatan 2 bidang Feqah. Gabungan antara platform fizikal dan digital ini bertujuan untuk menyebarluaskan penggunaan teknologi dalam pendidikan di kalangan guru dan murid. Oleh yang demikian, permainan ini amat sesuai dijalankan dalam kelas secara bersemuka mahupun kelas di atas talian. Justeru, usaha mencipta permainan Celik Fiqh ini diharapkan dapat mendedahkan kepelbagaian cara dalam mempelajari Pendidikan Islam sekaligus menarik minat pelajar dalam mendalami bidang Fiqh. Satu tinjauan juga telah dijalankan terhadap beberapa orang pelajar tingkatan 2 dan guru Pendidikan Islam sebagai sampel kajian bagi mengkaji sejauh mana keberkesanan permainan Celik Fiqh. Hasilnya, majoriti responden daripada kaji selidik ini berpuas hati dengan kandungan, reka grafik dan aturan permainan Celik Fiqh.
Item Type: | Proceeding Paper (Plenary Papers) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Didik hibur, pembelajaran berpusatkan murid, pembelajaran kendiri |
Subjects: | BPL Islamic education L Education > L Education (General) |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Education |
Depositing User: | Assoc. Prof. Dr. Arifin Mamat |
Date Deposited: | 26 Dec 2023 15:25 |
Last Modified: | 26 Dec 2023 15:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109393 |
Actions (login required)
View Item |