Johari, Arina and Mokhtar, Nor Zainiyah Norita and Mohd Ismath, Nurul Hanilah and Idrus, Azean Idruwani and Ahmad, Siti Yuliandi (2023) Komponen kepintaran budaya dan kesantunan berbahasa pelajar IIUM dan TUFS, Jepun dalam kelas pembelajaran kolaborasi bahasa secara atas talian. In: International Conference on Language, Education and Tourism 2023, 7-9 August 2023, KLM, IIUM PAGOH. (Unpublished)
|
PDF
- Presentation
Download (2MB) | Preview |
Abstract
Kajian ini berfokus pada pembelajaran bahasa dan budaya Melayu di antara pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Bahasa Asing Tokyo (TUFS), Jepun. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti amalan kesantunan dalam kelas pembelajaran bahasa Melayu secara atas talian oleh pelajar UIAM dan TUFS, Jepun dan menganalisis hubung kait antara aplikasi ciri kesantunan dengan komponen kepintaran budaya. Dua landasan teori akan diaplikasikan ke dalam data kajian, iaitu Model Kesantunan Tiga Tokoh (MKTT) oleh Arina (2018) dan Ciri Kepintaran Budaya oleh Thomas dan Inkson (2004). Data diperoleh daripada ujaran 89 orang pelajar (80 orang pelajar UIAM dan 9 orang pelajar Jepun) yang terlibat dalam pembelajaran bahasa atas talian menggunakan aplikasi Padlet.com. Dapatan memperlihatkan kesemua pelajar, iaitu responden UIAM dan Jepun mengaplikasikan ciri kesantunan dalam MKTT ketika berkomunikasi dalam sesi pengenalan kelas untuk membina hubungan yang mesra, mencapai matlamat diskusi dan mewujudkan situasi bebas konflik. Ciri kesantunan ini didapati mempunyai perkaitan yang signifikan dengan dua komponen dalam Kepintaran Budaya, iaitu (i). pengetahuan dan (ii). kesedaran. Kasus ini membuktikan keupayaan pelajar untuk berfungsi dengan berkesan dalam konteks kepelbagaian budaya. Selain itu, ia turut membuktikan bahawa kesantunan yang bersifat unniversal berupaya menjadi elemen motivasi yang signifikan dalam meningkatkan kepintaran budaya seseorang tanpa mengira bangsa, agama dan budaya; malah masih relevan amalannya walaupun dalam konteks komunikasi atas talian; tanpa sua muka sebegini.
Item Type: | Proceeding Paper (Slide Presentation) |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | Kata kunci: Kepintaran budaya, komunikasi atas talian, kolaborasi pembelajaran bahasa secara atas talian, dan Kesantunan berbahasa |
Subjects: | P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay |
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): | Kulliyyah of Languages and Management |
Depositing User: | DR. ARINA JOHARI |
Date Deposited: | 27 Dec 2023 12:22 |
Last Modified: | 27 Dec 2023 12:25 |
URI: | http://irep.iium.edu.my/id/eprint/109253 |
Actions (login required)
View Item |