Kama, Nonglaksana and Abdul Latif @ Bapoo, Lilisuriani and Kama, Faten
(2023)
Kearifan tempatan dalam evolusi nasi lemak di Tanah Melayu.
In: International Conference on Local Wisdom of the Malay Archipelago – COLLEGA 2023, Hadyai, Thailand.
Abstract
Nasi Lemak, sebagai salah satu hidangan ikonik Malaysia, merefleksikan hubungan yang dalam antara budaya, masyarakat, dan persekitaran tempatan. Kearifan tempatan memainkan peranan penting dalam evolusi Nasi Lemak di Tanah Melayu. Ia juga tercermin dalam teknik-teknik memasak yang diwarisi secara turun-temurun, penggunaan bahan-bahan yang terdapat di sekitar setiap rumah Melayu, cara pembungkusan, serta penggunaan rempah tradisional. Kajian ini bertujuan untuk meneroka bagaimana faktor-faktor kearifan tempatan telah membentuk evolusi Nasi Lemak dari masa ke masa, dan dari pelabagai aspek sehingga membentuk identiti Nasi Lemak. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan mengumpulkan maklumat daripada artikel dan buku-buku makanan tradisional. Analisis data dilakukan melalui kaedah tematik untuk mengenal pasti corak dan perubahan dalam penyediaan, bahan-bahan, dan konsep Nasi Lemak. Hasil kajian ni dapat menunjukkan peranan utama kearifan tempatan dalam evolusi Nasi Lemak dari faktor-faktor sejarahnya, cara penyediaanya, faktor budaya dan sosial dan pengaruh budaya negara-negara jiran yang turut memberi sumbangan evolusi Nasi Lemak. Kajian ini merungkai kesinambungan kearifan tempatan dalam evolusi Nasi Lemak di Tanah Melayu. Ia menggariskan pentingnya memahami sejarah dan konteks budaya dalam memahami evolusi hidangan kegemaran ini. Dengan menghargai warisan budaya ini, kita dapat memastikan kesinambungan warisan kuliner yang kaya dan bermakna dalam era globalisasi ini.
Actions (login required)
|
View Item |