IIUM Repository

Pendekatan Pengurusan: Aplikasi Prinsip Kepimpinan dalam Filem Downfall

Muhamad, Nursyuhada and Johari, Arina (2022) Pendekatan Pengurusan: Aplikasi Prinsip Kepimpinan dalam Filem Downfall. INTERNATIONAL YOUNG SCHOLARS JOURNAL OF LANGUAGES, 5 (1). pp. 106-117. E-ISSN 0128-2573

[img]
Preview
PDF - Published Version
Download (2MB) | Preview

Abstract

Memanfaatkan ilmu pengurusan bersifat multidisiplin, makalah ini menumpukan penerokaan salah satu cabang bidang pengurusan moden dalam korpus berbentuk filem. Kajian ini mengaplikasikan Pendekatan Pengurusan yang dikemukakan oleh Mohamad Zuber (2017); hasil perincian daripada PPG oleh Mokhtar (2013). PPG menggariskan lima prinsip, iaitu prinsip (i).perancangan, (ii).kepimpinan, (iii).pengorganisasian, (iv).penstaffan, dan (v).kawalan. Analisis berfokus pada aplikasi prinsip kedua, iaitu Prinsip Kepimpinan dalam dialog watak-watak filem patriotik Jerman bertajuk Downfall (2004) arahan Oliver Hirschbiegel. Tiga metod diaplikasikan, iaitu metod muat turun filem daripada saluran Youtube, transkripsi data dan analisis teks untuk mencapai dua objektif, iaitu (i).mengenal pasti Prinsip Kepimpinan dan (ii).menganalisis dimensi Prinsip Kepimpinan dalam data kajian. Dapatan analisis menunjukkan Prinsip Kepimpinan diaplikasikan oleh watak dalam dua peristiwa melalui dua dimensi, iaitu (i).dimensi pentadbiran dan (ii).dimensi pendidikan. Dua peristiwa dikenal pasti berdasarkan dialog watak yang mengaplikasi kedua-dua dimensi, iaitu peristiwa 1 (KP1-P1) dan peristiwa 2 (KP2-P2). Dimensi pentadbiran yang diperlihatkan melalui dasar kepemimpinan yang berani dan tidak gentar dengan musuh diaplikasi dalam KP1-P1 manakala dimensi pendidikan yang merujuk pada dasar kepemimpinan yang mementingkan ilmu diaplikasi menerusi KP2-P2. Dapatan ini membuktikan bahawa pengaplikasian dimensi kepemimpinan yang bervariasi telah lama dipraktikkan dan telah/sama ada membawa kepada kegemilangan mahupun kejatuhan sesebuah tamadun bangsa seperti mana pentadbiran Nazi di Jerman pada zaman yang diwakili.

Item Type: Article (Journal)
Uncontrolled Keywords: Kata Kunci: pendekatan pengurusan, prinsip kepimpinan, dimensi kepimpinan, filem Downfall (2004), struktur filem
Subjects: L Education > L Education (General)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
P Language and Literature > PN Literature (General)
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: DR. ARINA JOHARI
Date Deposited: 29 Dec 2022 09:48
Last Modified: 29 Dec 2022 09:48
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102554

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year