IIUM Repository

Bencana alam: hilang mizan boleh hilang nyawa

Abdul Rahim, Abdullah Bukhari (2022) Bencana alam: hilang mizan boleh hilang nyawa. Utusan Malaysia (Gaya (Agama)). p. 28.

[img] PDF - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (4MB) | Request a copy

Abstract

“Hidup manusia di dunia perlu menepati mizan atau neraca keseimbangannya. Neraca tersebut Allah dedahkan kadar dan ukurannya kepada manusia melalui berbagai bidang ilmu. Tugasan kita sebagai manusia adalah mengikut neraca keseimbangan dunia agar hidup kita selamat dan sejahtera.” Benar! Hidup di dunia perlu ada sistem dan sukatan yang betul dalam semua perkara. Lihat jasad sendiri! Allah bina jasad kita dengan sukatan mineral, gula, garam, rehat, makan, minum dan segalanya dengan betul. Jika keseimbangan jasad kita terganggu dek kandungan gula, garam dan tidur yang terkurang atau terlebih, pasti kesihatan jasad akan terganggu. Allah selaku Pencipta manusia dan alam semesta menegaskan prinsip ini dalam firman-Nya: وَالسَّمَاءَ رَفَعَهَا وَوَضَعَ الْمِيزَانَ (7) أَلَّا تَطْغَوْا فِي الْمِيزَانِ (8) وَأَقِيمُوا الْوَزْنَ بِالْقِسْطِ وَلَا تُخْسِرُوا الْمِيزَانَ (9) Ertinya: Dan langit dijadikannya (bumbung) tinggi, serta Dia mencipta keseimbangan (neraca keadilan), Supaya kamu tidak merosakkan keseimbangan itu; Dan tegakkan keseimbangan itu dengan adil dan janganlah kamu mengurangi keseimbangan itu (al-Rahman 55:7-9). Prinsip sama turut terpakai dalam pentadbiran serta pengurusan alam sekitar. Jika manusia rakus merogol, menggondol atau menyondol alam sekitar tanpa sukatan yang betul, ia akan sakit serta “memuntahkan batuknya” melalui bencana alam yang tidak dijangka. Inilah yang disebut Allah: ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ Ertinya: Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat) (al-Rum 30:41).

Item Type: Article (Newspaper)
Additional Information: 3588/102218
Uncontrolled Keywords: Bencana alam, hilang mizan, hilang nyawa, tanah runtuh, tragedi Batang Kali, Malaysia
Subjects: Q Science > QE Geology
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD)
Centre for Languages and Pre-University Academic Development (CELPAD) > Tilawah Al-Quran Divsion
Depositing User: Mr Abdullah Bukhari Abdul Rahim
Date Deposited: 21 Dec 2022 09:17
Last Modified: 21 Dec 2022 09:17
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/102218

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year