IIUM Repository

Menentang Panteisme: tafsiran ayat-ayat spiritual dalam Fathul Mubin Tulisan Al-Raniri

Nasir, Mohamad Nasrin (2022) Menentang Panteisme: tafsiran ayat-ayat spiritual dalam Fathul Mubin Tulisan Al-Raniri. In: Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu 2022, 24 November 2022, Online.

[img] PDF (Eproceeding of the Conference) - Published Version
Restricted to Registered users only

Download (2MB) | Request a copy
[img] PDF
Restricted to Repository staff only

Download (2MB) | Request a copy

Abstract

Pentafsiran al-Quran menurut Sufi seringkali berusaha untuk memberikan keutamaan kepada menjelaskan ayat-ayat yang menceritakan hubungan manusia dengan Tuhan dan hubungan Tuhan dengan alam kejadian. Kertas kerja ini akan mengkaji kontroversi pentafsiran al-Quran Wujudiyah pada abad ke-17 Acheh dan kepulauan Melayu. Menurut Shaykhul Islam al-Raniri tafsiran mereka merupakan tafsiran panteisme dan ini adalah melencong dari ajaran tasawwuf yang murni dan juga ajaran Islam. Panteisme adalah sejenis falsafah yang mengajarkan tiada perbezaan antara makhluk dengan Tuhan. Dalam kata lain seluruh alam adalah jelmaan Tuhan secara essensi. Menurut al-Raniri ini adalah suatu fahaman terpeson kerana menyamakan alam dan makhluk dengan Tuhan. Kitab Fath al-Mubin ala al-Mulhidin telah ditulis al-Raniri untuk meluruskan tafsiran ini. Kitab ini terkandung kesemua ayat al-Quran yang digunakan oleh wujudiyah untuk menyebarkan ajaran mereka. Al-Raniri memberikan tafsiran yang bertentangan dengan tujuan meluruskan tafsiran. Walaupun begitu tafsiran al-Raniri masih lagi bersifat tafsiran yang berlandaskan kepada kefahamannya terhadap ajaran tasawwuf itu sendiri yang mengajarkan mengenai keterwujudan Tuhan di alam dan bagaimana alam merupakan tanda kewujudan Tuhan. Dengan menggunakan metod logik dan penilaian penghujahan, makalah ini akan membentangkan pentafsiran al-Raniri dalam usaha meluruskan pentafsiran wujudiyyah Acheh abad ke-17. Makalah ini juga akan membawa suatu pendekatan historis dalam pembentangan mengenai latarbelakang isu kontroversi antara al-Raniri dengan kumpulan Wujudiyah ini. Penilaian adalah berasaskan kepada ilmu tasawwuf-falsafah beserta penggunaan pelbagai perisitilahan dari kitab dalam bidang tasawwuf yang muktabar.

Item Type: Conference or Workshop Item (Plenary Papers)
Uncontrolled Keywords: Wujudiyyah, Tafsir Sufi, Acheh, Polemik, al-Raniri
Subjects: B Philosophy. Psychology. Religion > BP Islam. Bahaism. Theosophy, etc > BP500 Theosophy
N Fine Arts > ND Painting > ND2550 Illuminating of manuscripts and books
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): International Institute of Islamic Thought and Civilization (ISTAC)
Depositing User: Dr Mohamad Nasrin Nasir
Date Deposited: 21 Dec 2022 17:34
Last Modified: 21 Dec 2022 17:34
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/101753

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year