IIUM Repository

Analisis tematik ayat-ayat al-quran berkaitan makanan dan pemakanan manusia

Abu Bakar, Ibrahim (2021) Analisis tematik ayat-ayat al-quran berkaitan makanan dan pemakanan manusia. In: Seminar Antarabangsa Al-Quran & Sains, Universiti Malaysia Pahang, Gambang Kuantan. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
Download (5MB) | Preview

Abstract

Kertas kerja ini bertujuan untuk menampilkan hasil analisis terhadap ayat-ayat Al-Quran yang bertemakan makanan dan pemakanan manusia sama ada secara langsung atau tidak langsung. Ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dikumpul dan disemak secara bersilang dengan beberapa kitab tafsir yang muktabar bagi memahami kontek ayat. Ia turut dianalisa secara kuantitatif dan dipadankan dengan fakta sains bagi menyerlahkan kebenaran dan hikmahnya. Sebanyak 303 ayat-ayat yang berkaitan telah dikumpul dan diklasifikasikan kepada sembilan tema dan 48 sub-tema. Tema utama ialah seruan Allah SWT untuk manusia melihat makanan dan minuman bagi mencapai kemuncak keimanan kepada Allah SWT. Sebanyak 64 ayat menyentuh tentang makanan dan pemakanan di Syurga sebagai gambaran standard makanan dan pemakanan yang paling tinggi berbanding makanan dan pemakanan di Neraka dan di dunia. Penelitian mendalam terhadap ayat-ayat tersebut turut menyerlahkan kefahaman tentang sifat fitrah manusia yang memerlukan makanan untuk hidup dan sifat Maha Pemurah Allah SWT yang telah menyediakan berbagai sumber makanan dan minuman yang banyak di dunia sama ada untuk orang-orang yang beriman atau tidak beriman. Al-Quran juga menyentuh tentang perkembangan teknologi penyediaan makanan secara tidak langsung melalui kisah-kisah Nabi dan rasul terdahulu. Al-Quran menyentuh persoalan makanan dan pemakanan manusia secara meluas melampaui fasa kehidupan di dunia malah sampai ke Alam Akhirat.

Item Type: Conference or Workshop Item (Invited Papers)
Uncontrolled Keywords: Makanan di dalam Al-Quran, Pemakanan Manusia, Perspektif Sains
Subjects: A General Works > AS Academies and learned societies (General)
BPL Islamic education
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Allied Health Sciences > Department of Nutrition Sciences
Depositing User: Dr Ibrahim Abu Bakar
Date Deposited: 29 Nov 2022 11:19
Last Modified: 29 Nov 2022 11:19
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/100926

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year