IIUM Repository

Kit tutur baca warna digital (kit tbwd)

Nazir, Faridah (2021) Kit tutur baca warna digital (kit tbwd). In: E-seminar penyelidikan dan inovasi dalam pendidikan (e-spedip2021) peringkat kebangsaan, 14-15 September 2021, Virtual. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (Poster Presentation-Bronze Medal) - Presentation
Download (389kB) | Preview

Abstract

Murid-murid di tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah bekeperluan khas sering mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi. Oleh itu, Kit Tutur Baca Warna Digital (KIT TBWD) yang terdiri daripada dua item, iaitu perisian untuk latihan pemintal lidah dan buku aktiviti serta mewarna Kisah Zidni disediakan dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti terapi ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sebagai usaha membantu murid-murid tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah bekeperluan khas mencapai potensi maksimum sesuai dengan keupayaan mereka, (b) meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan, tumpuan, minat dan mengurangkan stres murid-murid tahap 1 di sekolah rendah dan di sekolah pendidikan khas. KIT TBWD telah digunakan di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam selama tiga bulan melalui kaedah pemerhatian ikut serta, latih tubi dan catatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid-murid tahap 1 sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mendapat manfaat dari segi peningkatan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan dan koordinasi motor kasar dan halus. KIT TBWD juga mampu menjadi terapi kepada murid-murid untuk menyelesaikan pelbagai masalah tingkah laku di bilik darjah kerana mengandungi aktiviti dan bahan yang menyeronokkan. Inovasi ini juga mempunyai kaitan dengan aspek Seni Bahasa (KSSR) yang memberi penekanan kepada “belajar sambil bermain” dan permainan bahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Uncontrolled Keywords: Tahap 1;sekolah rendah;sekolah bekeperluan khas;Kit Tutur Baca Warna Digital
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LC Special aspects of education
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 18 Oct 2021 09:32
Last Modified: 18 Oct 2021 09:32
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92702

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year