IIUM Repository

Aplikasi moodle kit maya mari memintal dwibahasa

Nazir, Faridah (2021) Aplikasi moodle kit maya mari memintal dwibahasa. In: 2 nd Malaysian Association of Applied Linguistics International Conference (MAALIC, 8-10 September 2021, Virtual. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF (3 rd Prize Winner Poster Presentation) - Presentation
Download (613kB) | Preview

Abstract

Murid-murid di Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas sering mengalami pelbagai masalah seperti masalah tingkah laku, masalah pengamatan, masalah kemahiran motor, masalah sosialisasi dan emosi Oleh itu, Aplikasi Moodle Kit Maya Mari MemintalDwibahasa terdiri daripada perisian untuk latihan pemintal lidah disediakan dengan objektif agar (a) guru-guru dapat mengamalkan aktiviti berasaskan teknologi ketika proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah sebagai usaha membantu murid-murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mencapai potensi maksimum sesuai dengan keupayaan mereka;(b) meningkatkan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan, tumpuan, minat dan mengurangkan stres murid murid Tahap Satu di sekolah rendah dan di sekolah pendidikan khas. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa telah diguna pakai di Sekolah Kebangsaan Taman Seri Pagi, Senawang, Negeri Sembilan dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam selama tiga bulan melalui kaedah pemerhatian ikut serta, latih tubi dan catatan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, murid murid Tahap Satu sekolah rendah dan di sekolah berkeperluan khas mendapat manfaat dari segi peningkatan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, pengamatan dan koordinasi motor kasar dan halus. Aplikasi Moodle Kit Maya Mari Memintal Dwibahasa juga mampu menjadi terapi kepada murid-murid untuk menyelesaikan pelbagai masalah tingkah laku di bilik darjah kerana mengandungi aktiviti dan dilengkapi bahan yang menyeronokkan. Inovasi ini juga mempunyai kaitan dengan aspek Seni Bahasa yang memberi penekanan kepada “belajar sambil bermain” dan permainan bahasa.

Item Type: Conference or Workshop Item (Poster)
Uncontrolled Keywords: latihan pemintal lidah; perisian; moodle; kit, maya
Subjects: L Education > LB Theory and practice of education
L Education > LB Theory and practice of education > LB1025 Teaching (principles and practices)
P Language and Literature > PL Languages and literatures of Eastern Asia, Africa, Oceania > PL5101 Malay
Kulliyyahs/Centres/Divisions/Institutes (Can select more than one option. Press CONTROL button): Kulliyyah of Languages and Management
Depositing User: Associate Profesor Dr. Faridah Nazir
Date Deposited: 18 Oct 2021 09:31
Last Modified: 18 Oct 2021 09:31
URI: http://irep.iium.edu.my/id/eprint/92699

Actions (login required)

View Item View Item

Downloads

Downloads per month over past year